Tuesday, January 19, 2010

Konsep 1Malaysia tidak rigid - PM

Tuesday, 7 July 2009



Utusan Malaysia Online : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0707&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_23.htm

07/07/2009 6:55pm


PUTRAJAYA, 7 Julai (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata nilai-nilai yang terkandung di dalam konsep 1Malaysia tidak bersifat muktamad tetapi akan melalui proses penambahbaikan dari semasa ke semasa.

“Konsep ini tidak terlalu rigid, (ia) berkembang, apabila kita terus bergerak, kita berkembang. Ia bukan muktamad dan boleh ditambahbaik tetapi ia perlu menjadi bahan yang boleh ditingkatkan.

“Maknanya boleh membuat penambahbaikan, jika kita merasakan perlu, nilai-nilai diperbaiki,” katanya ketika menyampaikan amanat di majlis sepetang bersama Perdana Menteri anjuran Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) di Sri Satria, di sini hari ini.

Turut hadir isteri beliau yang juga Yang Dipertua Bakti, Datin Seri Rosmah Mansor.

Najib yang juga Penaung Bakti berkata, konsep 1Malaysia tidak hanya bersandarkan kepada tiga teras utama tetapi turut menerapkan nilai-nilai aspirasi lain yang penting untuk membawa negara ke tahap yang lebih tinggi dalam usaha membentuk Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi, negara dunia pertama dan negara berprestasi tinggi.

- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment