Monday, February 22, 2010

PELANCARAN DAN PERASMIAN 'FREE WiFi ZONE' UMNO BAHAGIAN ALOR SETAR






Pada 23/02/2010, UMNO Bahagian Alor Setar di bawah pimpinan Dato' Paduka Ahmad Bashah bin Md Hanipah selaku Ketua Bahagian yang juga ADUN Bakar Bata merangkap Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, akan melancarkan zon WiFi secara percuma di Pusat Khidmat Rakyat DUN Bakar Bata, di Jalan Putera yang terletak berhadapan dengan Sekolah Kebangsaan Mergong, Alor Setar.

UMNO Kedah sasar 317,000 pengundi muda


ALOR SETAR 20 Feb. - Seramai 317,000 pengundi muda di negeri ini yang layak mengundi pada pilihan raya umum ke-13 masih belum mendaftar sebagai pengundi.Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, UMNO akan terus turun padang bagi mengesan pengundi-pengundi muda itu.
"UMNO Kedah serta parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) bergerak dari rumah ke rumah untuk mencari pengundi yang masih belum berdaftar.
"Program initelah dijalankan sejak awal Januari lalu dan akan berterusan sehingga pilihan raya umum akan datang," katanya.
Beliau berkata demikian pada program pendaftaran pemilih di Taman Wira Mergong di sini hari ini.
Menurutnya, melalui program itu, bilangan ahli baru yang menyertai UMNO turut bertambah.
"Kita tidak meletakkan sasaran banyak mana yang akan sertai UMNO.
"Namun, kita mahu mereka yang layak dapat mengundi dan melalui program ini, UMNO juga akan terus dekat di hati rakyat," ujarnya.
Katanya, tindakan UMNO mengunjungi rumah ke rumah membolehkan masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat didengar oleh pemimpin.
"Program ini bukan hanya dijalankan di kawasan Parlimen Alor Setar namun kita buat di seluruh negeri ini.
"Dalam seminggu, kita akan buat program pendaftaran pemilih sebanyak tiga kali dan sehingga kini bilangan pengundi serta ahli UMNO juga telah meningkat," jelasnya.

Sunday, February 21, 2010

Model Ekonomi Baru Beri Pertimbangan Sewajarnya Kepada Kaum Bumiputera - Datuk Mukhriz Mahathir

20 Februari, 2010 14:43 PM

ALOR SETAR, 20 Feb (Bernama) -- Model Ekonomi Baru yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bulan hadapan akan memberi pertimbangan yang sewajarnya kepada kaum bumiputera, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir.

Penduduk kampung hilang sabar




Che Intan Baharom (kiri) bersama Sariah Saidin tidak dapat membasuh kuali dan periuk yang digunakan ketika kenduri disebabkan ketiadaan air di Kampung Padang Chapa, Alor Janggus, Alor Setar, semalam.



ALOR SETAR 19 Feb. - Kira-kira 1,000 penduduk di Kampung Padang Chapa, Alor Janggus, di sini semakin hilang sabar apabila bekalan air ke kampung itu kerap terputus sejak 20 tahun lalu.Masalah itu semakin buruk sejak lima tahun lalu sehingga penduduk terpaksa 'menagih simpati' kepada Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) supaya menghantar bekalan air bersih dengan lori terutamanya apabila ada majlis kenduri.
Rata-rata penduduk mendakwa, mereka hanya boleh menikmati bekalan air selepas pukul 12 tengah malam sehingga 6 pagi dan pada waktu siang bekalan akan terputus sama sekali.
Seorang penduduk, Che Intan Baharom, 43, berkata, keluarganya tidak pernah merasai nikmat menggunakan air bersih secara selesa kerana bekalan yang diterima amat tidak memuaskan.

Saturday, February 20, 2010

Tidak perlu sidang khas Dewan Rakyat - Najib

 

MARAN 19 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan Dewan Rakyat tidak perlu sama sekali mengadakan sidang khas untuk membincangkan usul menggugurkan pendakwaan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana kes itu tidak ada kaitan dengan kerajaan dan kepentingan negara.

Friday, February 19, 2010

Kedah masih belum sejahtera

r

Oleh SOBRI SUDIN

Pendekatan 'lawatan mesra' Datuk Seri Najib Tun Razak membuahkan hasil lagi. Selepas Puduraya, Jalan Masjid India, UiTM, UIAM, Flat Bukit Sentosa dan Kampung Baru, kini tampaknya ratusan 'nelayan marhaen' dan keluarga mereka di Kuala Chenang, Langkawi, Kedah mendapat nikmat.

Tuesday, February 16, 2010

EKSPO BELIA NIAGA TANJUNG DAWAI

Satu Ekspo yang di kenali sebagai Ekspo Belia Niaga telah di adakan diTanjung Dawai bermula 14/02/2010 dan berakhir pada

PELANCARAN DAN PERASMIAN PROGRAM JOM PI SEKOLAH(SRA 2010)


















Walaupun jam belum menunjukkan pukul 9.00 pagi tetapi kelibat kehadiran keluarga-kluarga dan anak-anak mereka yang terbabit sudah kelihatan berpusu-pusu ke kaunter pendaftaran.  Oleh kerana lebih dari 300 keluarga terbabit, pendaftaran agak mengambil masa walaupun pihak penganjur, Yayasan Taqwa dan juga pihak urusetia yang terdiri dari kakitangan Yayasan dan juga dengan di bantu oleh pihak UMNO Bahagian Jerai telah mengaturkan supaya pendaftaran mengikut DUN.  Tetapi setelah masaalah teknikal dapat di atasi, urusan pendaftaran akhirnya berjalan lancar dan berakhir mengikut jadual.

Monday, February 15, 2010

PEMIMPIN UMNO KEDAH BERTEMU PRESIDEN DI LANGKAWI

Berita selanjutnya akan menyusul secepat mungkin........

Sunday, February 14, 2010

Semua Parti Komponen BN Terlibat Dalam Program Juara Rakyat Kedah


ALOR SETAR, 14 Feb (Bernama) -- Program Juara Rakyat yang dirancang Umno Kedah di setiap kawasan Parlimen bermula Mac hingga akhir tahun ini akan membabitkan semua parti komponen Barisan Nasional (BN).

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanifah berkata cara itu diyakini akan memberi kesan lebih bermakna kepada rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

"Umno tidak akan pinggirkan anggota komponennya dalam program tersebut kerana setiap parti mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk dimainkan," katanya kepada pemberita semasa ditemui pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina MCA Kedah di sini, pada Ahad.

Program Juara Rakyat peringkat Kedah dilancarkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Jerlun pada 6 Feb lepas.

Timbalan Pengerusi MCA Kedah Datuk Chong Itt Chew pula berkata MCA Kedah berpendapat menghormati budaya masyarakat berbeza agama menjadi ramuan kekuatan rakyat Malaysia.

-- BERNAMA

Thursday, February 11, 2010

PROGRAM JOM PI SEKOLAH SRA 2010

Satu majlis untuk menggalakkan anak-anak belajar di sekolah rendah agama(SRA) akan di adakan di Dewan Serbaguna Guar Chempedak pada 16hb Februari 2010.  Majlis ini akan di lancarkan serta di rasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri YB Senator Mej. Jen.(B) Jamil Khir Baharom yang juga merupakan Pengerusi Biro Penerangan Perhubungan UMNO Negeri Kedah.

Majlis akan bermula pada pukul 9.00 pagi.Orang ramai di jemput hadir bagi memeriahkan majlis ini pada tarikh dan masa yang telah di umumkan

SILRATULRAHIM - MAJLIS MERAIKAN JIRAN

video
Terbukti bahawa Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah bukan hanya terbabit dengan kerja-kerja poltik semata, malah mereka juga tidak keberatan untuk terbabit dalam aktiviti sosial dan kemasyarakatan bila semalam, mereka meraikan tetamu dari Kelantan.

Tuesday, February 9, 2010

DATO' SERI JAMIL KHIR DI BALING.

Selepas Majlis Pelancaran UMNO Juara Rakyat, YB Senator Mejar General(B) Dato' Seri Jamil Khir Baharom Pengerusi Biro Penerangan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, merangkap Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah bergegas bersama-sama rombongan beliau ke Parlimen Baling kerana menghadiri beberapa majlis yang padat sepanjang petang hingga ke malam di Baling.  Turut mengiringi beliau ialah Timbalan Pengerusi Biro Penerangan UMNO Negeri Kedah, Datuk Zubir Saad.


Sunday, February 7, 2010

MAJLIS PELANCARAN DAN PERSAMIAN PROGRAM JUARA RAKYAT

Program yang bermula dari kelmarin dengan di isi dengan pelbagai program berfaedah, bermanfaat dan menarik ini pada hari ini(6/2/2010) telah dilancarkan dengan rasminya oleh Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin pada pukul 11.00 pagi tadi dengan mendapat sambutan diluar jangka. 


Saturday, February 6, 2010

CERAMAH PERDANA SEMPENA PROGRAM JUARA RAKYAT

05/02/2010, 9.30-11.30 malam, bertempat di tapak program Juara Rakyat, padang Sekolah Menengah Sanglang.


PROGRAM JUARA RAKYAT - RAPTAI

Sehari sebelum program Juara Rakyat Peringkat  Negeri Kedah dimulai atau dua hari sebelum pelancaran dan peresemiannya oleh Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin, pihak urusetia yang terlibat yang terdiri dari pegawai-pegawai, kakitangan dan pemimpin dari peringkat Bahagian, Negeri dan Pusat telah berkampung bukan sahaja di sekitar Sekolah Menengah Sanglang, malah beberapa tempat berhampiran demi untuk memastikan program berbentuk kempen ini berjalan lancar, mendapat sambutan seperti disasarkan dan juga maklumat sampai terus kepada rakyat mengenai tujuan program ini  di adakan.

Wednesday, February 3, 2010

 

Muhyiddin rasmi Juara Rakyat Kedah

ALOR SETAR 1 Feb. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan merasmikan Program Juara Rakyat peringkat Negeri Kedah yang dijangka dihadiri 10,000 orang daripada pelbagai lapisan masyarakat di Sekolah Menengah Kebangsaan Sanglang pada 6 Februari ini.

PROGRAM JUARA RAKYAT DI KEDAH


Muhyiddin Lancar Program Juara Rakyat Kedah Sabtu Ini
ALOR SETAR, 1 Feb (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang akan merasmikan program Juara Rakyat peringkat negeri Kedah Sabtu ini, mempunyai jadual padat dalam lawatan sehari di negeri ini.

Sabah tuan rumah Tilawah al-Quran Kebangsaan ke-53

 

Dari Utusan Malaysia:

KOTA KINABALU 2 Feb. - Sabah dipilih menjadi tuan rumah Majlis Tilawah al-Quran peringkat kebangsaan kali ke-53 yang akan diadakan di Dewan Perdana Wisma Muis di sini, bermula 29 Jun hingga 3 Julai ini.