Tuesday, January 19, 2010

Nik Aziz Samakan Perjuangan UMNO Dengan Ayah Pin & Komunis - Komen Tengku Razaleigh ....

Komen Tengku Razaleigh dalam The Star Online http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/6/26/mstar_berita/20090626152209&sec=mstar_berita

Jumaat Jun 26, 2009

Nik Aziz tidak sepatutnya kelirukan rakyat - Tengku Razaleigh
KUALA KRAI: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak sepatutnya membuat kenyataan mengelirukan dengan menyamakan perjuangan Umno seperti ajaran sesat Ayah Pin dan komunis, kata Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Beliau berkata kenyataan Nik Aziz, yang dibuat pada satu ceramah di Manek Urai lima hari lepas, tidak wajar memandangkan Nik Aziz sendiri pernah bertanding di Kelantan atas tiket Barisan Nasional semasa PAS bersama BN.

"PAS pun parti politik seperti Umno dan kita (Umno) tak kurang juga berjuang untuk Islam. Segala-galanya yang kita lakukan untuk Islam juga. Tak munasabah dia cakap macam ini.

"Dia dulu bersama BN juga. Tahun 1967 dia bertanding pada pilihan raya kecil di Kelantan dia bersama kita. Pada tahun 1974 masa Kelantan dikuasai BN, dia bertanding di Bachok atas tiket BN. Kenapa nak timbulkan perkara yang boleh mengelirukan pemikiran rakyat," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan penduduk Manik Urai di Sekolah Kebangsaan Manik Urai di sini, hari ini.

Turut hadir Setiausaha BN Kelantan, Datuk Alwi Che Ahmad dan Ketua Umno Bahagian Kuala Krai, Datuk Ramzi Abdul Rahman.

Tengku Razaleigh berkata apa yang penting ialah penduduk Manek Urai yang akan menghadapi satu pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Manek Urai pada 14 Julai ini, tahu menilai mana yang betul atau sebaliknya.

Beliau berkata BN mempunyai peluang yang cerah untuk menang pada pilihan raya kecil itu memandangkan Pas pernah tewas di situ.

"Kita kalah pada pilihan raya umum 2008 kerana sentimen yang kuat kepada pembangkang yang menimbulkan banyak isu yang mempengaruhi mereka pengundi," katanya.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Ismail Yaakob daripada Pas pada 22 Mei lepas. BERNAMA

0 comments:

Post a Comment