Monday, February 22, 2010

PELANCARAN DAN PERASMIAN 'FREE WiFi ZONE' UMNO BAHAGIAN ALOR SETAR






Pada 23/02/2010, UMNO Bahagian Alor Setar di bawah pimpinan Dato' Paduka Ahmad Bashah bin Md Hanipah selaku Ketua Bahagian yang juga ADUN Bakar Bata merangkap Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, akan melancarkan zon WiFi secara percuma di Pusat Khidmat Rakyat DUN Bakar Bata, di Jalan Putera yang terletak berhadapan dengan Sekolah Kebangsaan Mergong, Alor Setar.


Perasmian di jangka akan di adakan pada pukul 9.00 malam, manakala jemputan adalah terbuka kepada seluruh rakyat dan ahli-ahli UMNO.  Sesiapa yang ingin hadir(adalah di galakkan) bolehlah datang pada pukul 8.30 malam untuk beramah mesra secara santai.  Blogger-blogger Kedah/Utara bolehlah kesana untuk berkumpul sambil berbincang apa sahaja perkara, baik politik, sosial mahupun berkaitan dengan kemasyarakatan atau keilmuan.  Oleh kerana komputer meja hanya di sediakan sebanyak 5 unitr sahaja, maka adalah di galakkan sesiapa yang ada notebook sendiri untuk membawanya sekaliuntuk di manfaatkan semasa di sana nanti.

Dato' Paduka Ahmad Bashah bersama-sama dengan seluruh Ahli Jawatan Kuasa Bahagian bersama dengan sayap-sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Alor Setar mengalu-alukan kedatangan anda kemajlis terssebut.

1 comments:

Hamdan said...

Assallmualaikum.Tuan pengendali Blog UMNO perhubungan Negeri.Pelik cukup pelik bila saya amati Blog Perhubungan UMNO negeri ini hanya mampu mengampu dua tiga bahagian.So macam mana 15 bahagian UMNO yang lain.Adakah Badan perhubungan UMNO kedah ini beritanya berkisar disekitar dapur Mat Bashah dan Pejabat UMNO Alor setar saja.

Pada pengendali blog perhubungan UMNO. celiklah mata UMNO mempunyai 15 bahagian yang lain.Mana berita2 bahagian yang lain dah mampuih ka aktiviti bahagian lain? atau UMNO kedah setakat mau dibanggakan depa juga ada blog perhubungan.tapi apa faedah blog Perhubungan UMNO kedah setakat ini jika berita2 yang dikeluarkan setakat mencerita aktiviti umno tepi dapur Ahmad bashah saja?

Harap sangat Blog Perhubungan UMNO kedah lebih peka apa yang di komen disini bukan setakat untuk melepas batuk ditangga.

Post a Comment