GAMBAR-GAMBAR SEKITAR KONVENSYEN BN 2010
0 Comments - 06 Dec 2010
SILA LAWATI AKAUN FACEBOOK UMNO NEGERI KEDAH....

More Link
PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2010
1 Comments - 21 Oct 2010
Bermula dari 19/10/2010 Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau singkatannya UMNO sekali lagi berkumpul di Menara Dato' Onn dan Pusat Perdagangan Dunia Putra(PWTC) untuk Perhimpunan Agong UMNO atau PAU. Wakil Puteri UMNO Kedah, Saudari Azifah Abdul Rahman sedang berucap Pada 19/10/2010. selain Amanat Presiden, sayap-saya...

More Link

Tuesday, February 16, 2010

PELANCARAN DAN PERASMIAN PROGRAM JOM PI SEKOLAH(SRA 2010)


















Walaupun jam belum menunjukkan pukul 9.00 pagi tetapi kelibat kehadiran keluarga-kluarga dan anak-anak mereka yang terbabit sudah kelihatan berpusu-pusu ke kaunter pendaftaran.  Oleh kerana lebih dari 300 keluarga terbabit, pendaftaran agak mengambil masa walaupun pihak penganjur, Yayasan Taqwa dan juga pihak urusetia yang terdiri dari kakitangan Yayasan dan juga dengan di bantu oleh pihak UMNO Bahagian Jerai telah mengaturkan supaya pendaftaran mengikut DUN.  Tetapi setelah masaalah teknikal dapat di atasi, urusan pendaftaran akhirnya berjalan lancar dan berakhir mengikut jadual.



















Manakala segala persiapan rapi semenjak hari semalam nampaknya tidak sikitpun terjejas.  Petugas-petugas dari pagi lagi bertugas dengan penuh teratur dan mengikut apa yang telah di rancangkan serta di arahkan oleh Ketua Operasi Yayasan Taqwa, Encik Ahmad Ayob




















Bagi anak-anak yang telah siap di daftarkan, mereka beredar bersama keluarga masing-masing kedalam dewan.




















Tepat seperti dalam jadual, YB Senator Mejar Jeneral(B)Dato' Seri Jamil Khir Baharom tiba dengan di iringi oleh Timbalan Pengerusi Biro Penerangan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Zubir Saad dan di sambut oleh Ketua Bahagian UMNO Jerai dan AJK UMNO Jerai.



















Majlis selepas itu di teruskan dengan penyampaian bantuan berbentuk seragam dan kelengkapan sekolah dan juga tunai sebagai wang saku.



















Majlis berakhir setelah jam hampir pukul satu tengahari.



0 comments:

Post a Comment