Last Updated on Friday, 26 February 2010 08:05 Written by zahari Friday, 26 February 2010 07:27
Para penduduk yang terdiri daripada masyarakat Melayu, India dan Cina sangat tidak berpuas hati dengan tindakan berkenaan dan menyifatkan langkah berkenaan hanya menzalimi penduduk taman berkenaan yang mempunyai 2,500 rumah dengan kira-kira 10,000 penduduk. Taman Wira diduduki lebih 20 tahun lepas.
Majlis dimulakan dengan penerangan oleh seorang pemimpin penduduk Taman Wira Ahmad Mahsyar Md. Isa, tentang rancangan kerajaan negeri untuk memindahkan hutang tertunggak sewa rumah penduduk kepada pihak bank. Beliau menerangkan implikasi terhadap para penduduk sekiranya langkah berlekanaan dilaksanakan.
Antara implikasi yang akan dihadpi penduduk adalah mereka terpaksa mematuhi peraturan bank yang ketat tentang pembayaran sewa bulanan, dikenakan kadar faedah yang tinggi, nama disenarai hitam sekiranya tidak dibayar hutang dan rumah akan disita sekiranya bayaran tidak dijelaskan dalam beberapa bulan.
Penduduk yang sedar akan bencana yang bakal menimpa mereka sekiranya langkah berkenaan dilakukan sepakat untuk menentang rancangan kerajaan negeri itu. Mereka tidak akan bersetuju dengan rancangan berkenaan malahan tidak akan menandatangi sebarang surat persetujuan sekiranya kerajaan tetap melaksanakan cadangan itu.
Ahmad Masyar berkata lebih 20 tahun mereka menduduki taman berkenaan inilah kali pertama mereka berhadapan dengan masalah sebegini.
"Kami dizalimi kerajaan negeri yang kononnya mahu menjaga kebajikan dan memberi kesejahteraan kepada seluruh rakyat Kedah," katanya, sambil menjelaskan bahawa penduduk bukannya sengaja tidak mahu menjelaskan hutang masing-masing tetapi ada diantara mereka yang mempunyai pendapatan yang kecil serta tidak tetap.
Katanya, semasa pemerintahan Barisan Nasional dahulu, penduduk yang menghadapi masalah kewangan diberi kelonggaran membayar setakat kemampuan mereka kepada bahagian Perumahan dan Kerajaan Tempataan, tetapi sekarang penduduk dipaksa membayar sewa dengan cukup dan tunggakan juga harus dibayar dengan penuh.
Beliau berkata langkah kerajaan itu bagaikan mencuci tangan melepaskan tanggungjawab kerajaan kepada pihak swasta.
"Saya juga yakin kerajaan sebenarnya tiada duit sebab itu ia begitu taksub mengejar hutang RM27 juta itu," katanya.
0 comments:
Post a Comment