Monday, March 8, 2010

PENGERUSI BIRO PENERANGAN MERASMIKAN MESYUARAT PIBG SEK. KEB. SUNGAI LIMAU DALAM.

07/03/2010



Semalam, YB Senator Mejar Jeneral(B) Dato' Seri Jamil Khir Baharom, selaku Pengerusi Biro Penerangan Kedah merangkap Menteri yang menjaga Hal Ehwal Agama di Jabatan Perdana Menteri telah sudi untuk menjadi perasmi kepada Mesyuarat PIBG Sek. Keb. Sungai Limau Dalam pada pukul 2.45 petang.  Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi Biro Penerangan UMNO Negeri Kedah, Datuk Zubir Saad.






Manakala Penyelaras Parlimen Jerai juga turut mengiringi beliau dalam majlis berkenaan.  Pengetua sekolah berkenaan Encik Othman Shafie dan juga Pengerusi PIBG En. Kamarudin Awang bersama-sama menyambut lawatan kali pertama beliau ke Sekolah berkenaan semenjak beliau yang juga anak jati Mukim Sala di lantik oleh Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.









Sekolah berkenaan merupakan antara sekolah yang tertua di Daerah Yan dan kini boleh di katakan antara sekolah yang menjadi tumpuan ibubapa untuk menghantar anak-anak mereka menciduk ilmu.






Dalam majlis yang sama waris kepada 10 orang pelajar-pelajar cemerlang yang mendapat keputusan 5A telah di beri sumbangan sebagai penghargaan atas kecemerlangan anak-anak mereka.

0 comments:

Post a Comment