Sunday, March 21, 2010

PENYAMPAIAN BANTUAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN DI SUNGAI LIMAU

Selepas dari menghadiri Majlis bersama bekas-bekas Perajurit Tanah Air di Sekolah Gurun Pusat, tepat pukul 3.45 petang, Dato' Seri Jamil Khir dengan di iringi oleh Ketua Bahagian Jerai, Datuk Shuhaimi telah sekali lagi melawat ke tapak kebakaran, iaitu kedai sederet di Pekan Sungai limau yang telah terbakar pada hari ketiga masyarakat Tionghua sedang merayakan Gong Xi Fa Cai. Semasa kebakaran Dato' Seri telah sempat meninjau sendiri dari dekat keadaan semasa berlakunya kebakaran berkenaan.









Hari ini YB telah sekali lagi hadir untuk memberi sumbangan untuk meringanklan sedikit sebanyak kesusahan yang di alami oleh mangsa-mangsa yang terdiri dari 13 keluarga dari kalangan orang Cina dan 2 keluarga dari kaum Melayu.  Selepas melawat tapak kebakaran, mereka berkumpul di Sekolah Kebangsaan Cina Sungai Limau Dalam untuk tujuan memberi sumbangan serta jamuan makan tengahari.




















0 comments:

Post a Comment