Friday, April 30, 2010

Anggota MCA Sabotaj



29 April, 2010 20:32 PM
Sabotaj Anggota MCA Antara Punca Sokongan Pengundi Cina Merosot
KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Unsur sabotaj di kalangan anggota MCA merupakan antara faktor menyebabkan kemerosotan sokongan pengundi Cina kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor, Ahad lalu.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata unsur sabotaj itu berlaku ketika beliau turun padang ke pekan Kuala Kubu Baharu pada hari pengundian dan mendapati tiada ahli dari dua cawangan MCA di situ membantu meraih undi di pusat pengundian di situ.

"Ia mungkin menjadi salah satu faktor kerana sekiranya mereka tidak datang dan membantu, saya fikir mereka juga tidak mengundi kepada BN," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat majlis presiden di Wisma MCA di sini.

Berikutan insiden itu, Dr Chua telah mengarahkan setiausaha agung parti Datuk Seri Kong Cho Ha, yang juga ketua penyelaras MCA pusat bagi pilihan raya kecil itu, menyiapkan satu laporan dan analisis berkaitan keputusan pilihan raya kecil tersebut.

Katanya parti itu akan membincangkan tindakan susulan selepas menerima laporan itu dalam tempoh masa tiga minggu.

BN merampas kembali kerusi Parlimen Hulu Selangor apabila calonnya P.Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi, menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zaid Ibrahim.

Pada pilihan raya umum terakhir pada 2008, 35 peratus masyarakat Cina menyokong BN tetapi merosot kepada 28 peratus pada pilihan raya kecil itu.

Dr Chua juga berkata satu sesi sumbang saran akan diadakan pada 18 hingga 20 Jun ini di Port Dickson bagi membincangkan beberapa isu berkaitan perjuangan parti khususnya persediaan untuk menghadapi pilihan raya akan datang.

"Kami akan menjemput beberapa orang yang terkenal dalam bidang tertentu untuk membincangkan termasuk isu ekonomi, bagaimana kita boleh menjayakan kempen pilihan raya dengan lebih efektif," katanya.

Sesi itu juga akan dimanfaatkan untuk memastikan masyarakat Cina memahami gagasan 1Malaysia dan menyokong pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, katanya.

Ditanya mengenai kenyataan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) bahawa MCA sebenarnya telah ditolak pengundi Cina sejak pilihan raya umum 2008 lalu, Dr Chua berkata pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu berhak berkata apa sahaja.

Sebelum ini Dr Chua menyalahkan kewujudan pertubuhan seperti Perkasa dan pemimpinnya Datuk Ibrahim Ali, yang didakwa kurang sensitif, menyebabkan calon BN tidak disokong pengundi Cina.

-- BERNAMA

Thursday, April 29, 2010

Mesyuarat Cawangan UMNO Bermula Sabtu


28 April, 2010 18:58 PM
Mesyuarat Cawangan UMNO Bermula Sabtu
KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Semua cawangan UMNO di seluruh negara akan mengadakan mesyuarat agung masing-masing dalam tempoh bermula Sabtu ini dan berakhir 15 Jun.

Mesyuarat itu dijangka menggunakan senarai anggota yang terkini selepas proses pemutihan senarai itu selesai dijalankan, kata Setiausaha Kerja UMNO Datuk Abdul Rauf Yusoh.

Mengikut data, bilangan anggota UMNO di 19,235 cawangan sehingga Oktober lepas ialah 3,478,393 orang.

Abdul Rauf berkata setiap cawangan dan bahagian telah diarah mengadakan proses pemutihan dan menggugurkan nama ahli yang telah meninggal dunia atau yang tidak lagi menyokong parti.

Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan pula meminta semua ketua cawangan dan ahli jawatankuasa bahagian yang akan merasmi dan memantau mesyuarat-mesyuarat cawangan kelak supaya menjelaskan isu-isu semasa berkaitan kerajaan dan parti itu.

"Saya minta mereka juga dapat memberi penjelasan mengenai Gagasan 1Malaysia, Model Ekonomi Baru, program-transformasi kerajaan di samping betapa UMNO serius untuk melakukan pembaharuan termasuk dengan melaksanakan program Juara Rakyat," katanya.

Beliau juga berharap mesyuarat di peringkat cawangan itu akan membincangkan mengenai cara menangani tohmahan pembangkang selain mengatur program penerangan yang lebih bersepadu untuk memberi penjelasan terbaik bagi isu-isu yang dibangkitkan oleh pembangkang.

"Saya cadangkan Biro Penerangan setiap bahagian, selepas ceramah pembangkang, adakan pula ceramah berhampiran tempat itu untuk menjelaskan balik isu-isu yang dibangkitkan mereka. Kalau tidak orang di kawasan itu akan sangka apa yang disebut pembangkang itu adalah benar," katanya.

Mesyuarat peringkat cawangan akan diikuti dengan persidangan perwakilan bahagian serta sayap Wanita, Pemuda dan Puteri dalam tempoh bermula 16 Jun dan berakhir 16 Julai sebelum Perhimpunan Agung dari 28 hingga 30 Okt nanti.

-- BERNAMA

Monday, April 26, 2010

Barisan Nasional Menang Dengan Majoriti 1,725 Undi






25 April, 2010 22:36 PM
Calon BN, Kamalanathan Menang Dengan Majoriti 1,725 Undi
HULU SELANGOR, 25 April (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) merampas kembali kerusi Parlimen Hulu Selangor apabila calonnya, P. Kamalanathan menewaskan peguam terkenal dan bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim dengan majoriti 1,725 undi dalam pilihan raya kecil paling sengit sejak pilihan raya umum 2008.


Ketua Penerangan MIC yang juga seorang pegawai perhubungan awam itu memperoleh 24,997 undi menewaskan Zaid, yang dipecat daripada Umno pada Disember 2008 kerana menghadiri perhimpunan parti pembangkang.


Bekas Anggota Parlimen Kota Baharu yang kemudiannya menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menerima 23,272 undi.


Sejumlah 731 undi rosak pada pilihan raya kecil yang menyaksikan sejumlah 48,935 pengundi atau 75.87 peratus pemilih keluar mengundi pada Ahad. Kawasan Parlimen Hulu Selangor mempunyai 64,500 pengundi.


Pada pilihan raya umum 2008 yang merupakan "tsunami politik" bagi BN, Timbalan Presiden MIC Datuk G. Palanivel, yang juga merupakan Anggota Parlimen kawasan itu selama empat penggal, gagal mempertahankan kerusi apabila tewas dengan majoriti 198 undi kepada Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad daripada PKR. Dr Zainal Abidin meninggal dunia pada 25 Mac.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Pengerusi BN bersama-sama pemimpin parti komponen BN berada di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Pejabat Daerah di Kuala Kubu Bharu untuk meraikan kejayaan BN bersama-sama ribuan penyokong BN.


Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon, Presiden Parti Progresif Penduduk Datuk M. Kayveas dan para pemimpin parti.


Sejak pilihan raya umum 2008, sebanyak 10 pilihan raya kecil diadakan, dengan BN memenangi tiga daripadanya, termasuk kemenangan kerusi Parlimen Hulu Selangor malam ini yang sangat penting bagi mendapatkan kembali keyakinan dan sokongan rakyat.


Ia merupakan kemenangan bermakna bagi BN, terutamanya kepada Najib yang semasa berkempen menyatakan bahawa pilihan raya kecil itu bukan sahaja untuk memilih seorang Anggota Parlimen tetapi merupakan pungutan suara bagi hala tuju baru negara.


Najib sendiri turut turun berkempen sebaik sahaja kembali ke tanah air selepas melakukan lawatan luar negara, pergi ke kampung-kampung, bandar, kawasan rancangan Felda, bersama timbalannya Muhyidin yang saban hari berada di Hulu Selangor sejak penamaan calon pada 17 April.


Bulan depan, satu lagi pilihan raya kecil akan diadakan, iaitu kerusi Parlimen Sibu, ekoran kematian penyandangnya Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Robert Lau Hoi Chew.


Ia bukanlah satu laluan mudah bagi BN kerana pada awalnya terpaksa menempuh keadaan sukar memilih calon apabila MIC bertegas mencadangkan Palanivel menjadi calon BN manakala pucuk pimpinan BN mahukan muka baru seperti yang dikehendaki peringkat akar umbi.


Akhirnya, mereka bersetuju dengan pemilihan Kamalanathan atas dasar kompromi.


BN juga berhadapan dengan pakatan PKR-DAP-PAS yang diketuai Ketua Pembangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendapat sambutan dan menarik minat orang ramai namun ia tidak berupaya mengatasi parti pemerintah yang berusaha menyelesaikan banyak masalah rakyat setempat, termasuk isu-isu kebajikan dan kehendak pengundi.


-- BERNAMA

Saturday, April 24, 2010

PERHIMPUNAN RAKYAT!!!!


Tarikh : 24hb April 2010 (Sabtu)
Masa  :  9.00 malam
Tempat : Perkarangan Apartment Kenanga Taman Bunga Raya Bukit Beruntung

Tema:  1MALAYSIA, LEGASI DAN HARAPAN BANGSA

Tetamu:

1.  YAB DATO' SERI NAJIB TUN RAZAK

2.  YG BERBAHAGIA TUN DR MAHATHIR MOHAMMAD

3.  CALON BN, P KAMALANATHAN

Anjuran:  Persatuan Penduduk Taman Bunga Raya, NGO-NGO dengan kerjasama Kelab Penyokong 1Malaysia.

Kepada Rakyat Raja yang sayangkan Malaysia sila hadir beramai-ramai ke sana sebagai tanda sokongan kita kepada Parti Barisan Nasional aka Parti Perikatan.

Tuesday, April 20, 2010

GAMBAR-GAMBAR TERKINI KONTINJEN BN KEDAH DI PRK HULU SELANGOR

SILA LAYARI:

FACEBOOK UMNO KEDAH

Gambar-gambar sepanjang tempoh kontinjen jentera Barisan Nasional Kedah boleh di lihat melalui UMNO Kedah Facebook(sila klik link di atas).

Monday, April 19, 2010

Dr Halili Keluar PKR masuk UMNO

Dr Halili keluar PKR masuk Umno
Jimadie Shah Othman
Apr 19, 10
11:19am
Bendahari PKR Hulu Selangor, Dr Halili Rahmat hari ini mengumumkan keluar daripada PKR dan menyertai Umno.
Dr Halili Rahmat (foto:kiri) merupakan seorang pakar bedah saraf dan rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana pernah menjadi doktor peribadi ketua umum PKR itu.
Sebelum ini, beliau disebut-sebut antara yang disenaraikan untuk bertanding mewakili PKR dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Bagaimanapun, Anwar kemudiannya mengumumkan pemilihan penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim untuk bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut.

Anak kelahiran Ulu Yam, Dr Halili pernah dua kali bertanding dalam pilihan raya umum sebelum ini pada 1999 (Hulu Selangor) dan 2004 (DUN Batang Kali), tetapi tewas kedua-duanya.
Bercakap dalam sidang akhbar dengan ditemani bekas setiausaha agung PKR, Salehuddin Hashim, beliau berkata:
"Saya menyedari akan ada yang menuduh bahawa tindakan saya ini kerana kecewa tidak terpilih sebagai calon PKR bagi pilihan raya kecil parimen Hulu selangor kali ini.
"Saya tidak pernah meminta atau menawar diri untuk dipilih menjadi calon PKR dalam pilihan raya ekcil Hulu Selangor ini, dan saya juga tidak pernah mengatakan saya menerima pelawaan untuk menjadi calon, walaupun ada pemimpin PKR yang telah mencadangkan demikian."

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini, Dr Halili berkata, walaupun beliau pernah bertanding atas tiket PKR pada pilihanra amraya 1999 dan 2004, tetapi "bagi pilihan raya kecil kali ini, saya merasa berat kerana realiti di peringkat masyarakat bawahan kini sudah berubah."
"Saya juga membuat kenyataan ini pada hari ini semasa kehangatan kempen pilihan raya Hulu Selangor dengan tujuan tidak mahu nama saya digunakan oleh PKR untuk memancing undi seolah-olah pendirian saya terhadap PKR masih sama seperit di zaman Deklarasi Permatang Pauh," tambahnya.

Sebagai anak jati Hulu Selangor yang masih berkampung di Ulu Yan, Dr Halili berkata amat sukar baginya untuk mempertahankan kredibiliti PKR.

Beliau mendakwa, ia memandang tidak ada apa pun yang telah dibuat oleh PKR untuk kesejahteraan pengundi Hulu Selangor dalam masa dua tahun parlimen ini dikuasai oleh PKR dan Pakatan Rakyat memerintah Selangor.

"Saya mengetahui dan faham bahawa allahyarham wakil rakyat sebelum ini, uzur tetapi menghairan saya kenapa PKR tidak berbuat sesuatu bagi membantu pejabat beliau untuk memberi khimdat kepada pengundi di Hulu Selangor," tambahnya.

Sehubungan itu, Dr Halili berkata, terbukit yang PKR hanya sibuk merayu undi pada waktu pilihan raya sahaja tetapi mengabaikan amanah rakyat seperti yang dijanjikan masa kempen pilhanraya.

"Perkara sedemikian tidak ssepatutnya berlaku dan saya diberitahu oleh orang kampung saya bahawa mereka akan memastikan ia tidak akan berlaku lagi," tambahnya.
Sebab masuk Umno
Dr Halili juga mendakwa bahawa PKR hari ini dikuasai oleh kumpulan kecil pemimpinnya yang berfikiran sempit dan memajukan ideologi-ideologi berhaluan kiri yang tidak disenangi oleh orang Melayu khususnya dan rakyat Malaysia umumnya.

Sehubungan itu, beliau mendakwa bahawa sudah nyata lagi jelas, PKR bukan lagi sebuah wadah parti politik perjuangan "tetapi lebih condong kepada parti yang pentingkan kuasa, hingga tidak memperdulikan kesejahteraan rakyat walaupun diberi mandat untuk mentadbir di beberapa buah negeri."

Sebaliknya, kata beliau, pada masa yang sama, kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk membawa perubahan politik untuk Umno dan BN.

Ini, katanya, mendorong beliau terus membuat keputusan untuk menyertai Umno.

'Mungkin diberi bedah hidung pula'

Dr Halili juga berkata keputusannya keluar parti dan menyertai Umno sudah lama dibuat.

Ditanya kenapa beliau hadir pada hari pengumuman calon PKR pada 13 April lalu, beliau hanya menjawab:

"Mungkin nama saya dicalonkan, dinaikan saya kena datanglah. Ingin tahu, kerana kamu juga yang tulis dalam suratkhabar media, anak tempatan, perkara macam itu," katanya,.

Beliau juga memberitahu, itu kali terakhir beliau bertemu Anwar.

Sejak disebut-sebut disenaraipendek menjadi calon PKR, ini merupakan kali pertama Dr Halili bersemuka dengan media membuat kenyataan mengejutnya itu.

Bagaimanapun, pengumumannya yang dibuat sehari selepas Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin membayangkkanmembayangkan perkara itu, timbul tanda tanya sama ada beliau ditawarkan 'imbuhan' untuk itu.

Dr Halili bagaimanapun menafikannya dengan separuh berjenaka: "Saya sekarang ini (pakar) bedah otak, mungkin dia beri saya bedah hidung. Tak tahulah," kata Dr Halili.

Bagaimanapun, tambahnya, jika terdapat pihak yang akan menuduhnya dibeli, itu terpulanglang kepada mereka.

"Memang adatlah. Tetapi kita masyarakat sivil, sangat tamadun, ada demokrasi. Jadi macam-macam pandangan ada. Jadi kita kena hormatilah pandangan yang berbeza," katanya

Beliau juga enggan mengulas mengenapi pencalonan Zaid dan calon BN P Kamalanathan atau akan turut serta berkempen di Hulu Selangor.

Sebaliknya, jelasnya, beliau akan berlepas ke Melbourne, Australia selepas ini bagi menghadiri konvokesyennya di Universiti Monash - satu keputusannya yang didakwa sudah lama dibuat dan "bukan untuk lari".
Dalam sidang media kira-kira 25 minit itu, Dr Halili bagaimanapun kelihatan sedikit 'gugup' dengan mengabaikan beberapa soalan media, kerap meneguk air dan kerap kali mengambil masa dan berbisik kepada Salehuddin sebelum menjawab soalan.

Malah di pertengahan sidang media beliau sempat berkata: "tak pernah dapat banyak kamera sebelum ini."

Bagaimanapun, di penghujung sesi itu beliau kelihatan lebih yakin apabila meminta soalan tambahan walaupun Salehudin sudah mahu menamatkan sidang media itu.

"Seronok juga, boleh tanya dua lagi, bukan selalu boleh macam ni," katanya disambut gelak ketawa kira-kira 70 petugas media.

Sunday, April 18, 2010

Suasana Hari Pencalonan di Hulu Selangor

17/04/2010


















RUMAH KEDAH DI HULU SELANGOR












Saturday, April 17, 2010

SESSI PENERANGAN DAN TAKLIMAT JENTERA.


Tepat jam 9.00 pagi di perkarangan khemah tempat berhimpun. Dato' Paduka Md Rozai Hj Safian, Ketua Kontinjen Jentera Parti telah menyampaikan taklimat dan penerangan berkaitan tugas-tugas dan tatacara yang sepatutnya di amalkan oleh setiap jentera petugas parti.

Antara intisari dari ucapan beliau ialah mengarahkan petugas-petugas di pecahkan kepada beberapa kumpulan mengikut peti undi-peti undi yang terletak dalam DUN Batang Kali dan DUN Kuala Kubu Baru.  Dan pagi ini mereka di arahkan ketempat-tempat berkenaan untuk membiasakan diri dari segi geografi' lokasi dan logistik.

Manakala mereka akan kembali berkumpul pada waktu tengahari.

KHABAR DARI HULU SELANGOR II


Kontinjen jentera Parti Barisan Nasional Negeri Kedah tiba ke Parlimen  Hulu Selangor secara berperingkat semenjak dari semalam dan tiba sepenuhnya hari ini, 16/04/2010.  Mereka di tempatkan di Apartment Trumpet berhampiran dengan Command Centre bagi Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor di Bukit Beruntung.  Kumpulan terakhir tiba kira-kira pukul 10.00 malam dengan selamat.

Kumpulan yang di anggotai oleh seluruh parti-parti komponen Barisan Nasional Negeri Kedah yang terdiri dari UMNO, MCA, MIC, PPP dan MCAberkekuatan seramai 150 orang ahli jentera di tempatkan di Apartmen Trumpet ini.  Suasana ceria penuh harmoni terpancar dari seluruh ahli jentera berbilang kaum ini.










Chief de Mission Barisan Nasional Kedah sempat memberi taklimat ringkas kepada seluruh jentera pada pukul 10.00 malam dan berakhir pada pukul 11.30 malam.

Mereka di minta bersedia untuk berkumpul bersama-sama dengan seluruh anggota Barisan Nasional dari negeri-negeri lain awal pagi esok di perkarangan Pejabat Daerah Hulu Selangor, Pekan Kuala Kubu Baru.