Tuesday, April 13, 2010

KEBAKARAN DI PEKAN BEDONG


Satu kebakaran besar yang telah memusnahkan sederet tujuh pintu rumah kedai yang terletak di Pekan Bedong dalam kawasan Parlimen Jerai telah berlaku pada awal malam 11/10/2010 yang lepas.  Pada petang kelmarin(12/04/2010) Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO/Barisan Nasional Negeri Kedah, Dato' Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah telah sudi untuk melawat ke tempat kebakaran sebagai tanda simpati Parti Barisan Nasional dengan di iringi oleh Penyelaras Palrlimen Jerai, Datuk Suhaimi Haji Abdullah yang juga Ketua Bahagian UMNO Jerai merangkap Pengerusi BN Parlimen Jerai.  Dalam kunjungan itu juga mangsa-mangsa yang terdiri dari lapan keluarga telah menerima sumbangan segera sebanyak RM1,000.00 kepada setiap keluarga yang menghuni rumah-rumah kedai yang telah musnah sama sekali itu.  Pihak BOMBA masih menyiasat punca dan nilai kerosakan akibat kebakarn.
Ini adalah kejadian kebakaran yang kedua melibatkan Kawasan Parlimen Jerai setelah sederet rumah kedai di Pekan Sungai Limau juga turut mengalami bencana yang serrupa pada hari ke tiga semasa kaum Tionghua menyambut Perayaan Tahun Baru Cina pada bulan Februari lalu.


 Salah seorang dari wakil mereka sedang menerangkan sesuatu kepada Dato' Paduka


 YB Leong telah di beri tugas untuk mengelola Tabung Bantuan yang 
di ujudkan pada hari yang sama dengan lawatan oleh Tim. Peng. 
Perhubungan Barisan Nasional Kedah.

 Mangsa-mangsa sedang tekun mendengar penjelasan
oleh Dato' Paduka Ahmad Bashah.
Beliau turut mengumumkan sumbangan kepada Tabung Bantuan Kebakaran berjumlah RM 5,000 ringgit dari Parti Barisan Nasional di mana Tabung berkenaan akan di tubuh pada hari ini, di mana YB Dr Leong, yang juga ADUN Barisan Nasional bagi DUN Gurun sebagai penyelaras tabung bantuan.
Pihak Barisan Nasional akan cuba untuk membantu dari apa segipun yang termampu untuk menolong mangsa-mangsa yang bukan sahaja telah kehilangan harta di sebabkan kebakaran, malah hilang juga punca pendapatan mereka.
 "Ada kawan saya menalipon beritahu bahawa kedai basikal saya
telah hangus sepenuhnya.  Anak saya kata inilah kali kedua saya
sambut hari lahir dalam keadaan berduka.  Tahun lepas, pada hari yang sama
ayah saya meninggal, tahun ini, kedai pula yang terbakar"  Luah
mangsa ini.







Dalam kunjungan itu juga mangsa-mangsa yang terdiri dari lapan keluarga telah menerima sumbangan segera sebanyak RM1,000.00 kepada setiap keluarga yang menghuni rumah-rumah kedai yang telah musnah sama sekali itu


Dato' Paduka dengan di iringi oleh Datuk Suhaimi dan salah seorang Ahli Jawatankuasa Masjid Pekan Bedong sedang melawat bahagian yang bersempadan dengan kawasan kebakaran.  Alhamdulillah, tiada kerosakan besar yang melibatkan kawasan Masjid.  hanya beberapa kepingan kaca nako yang pecah kerana bahang api.

0 comments:

Post a Comment