GAMBAR-GAMBAR SEKITAR KONVENSYEN BN 2010
0 Comments - 06 Dec 2010
SILA LAWATI AKAUN FACEBOOK UMNO NEGERI KEDAH....

More Link
PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2010
1 Comments - 21 Oct 2010
Bermula dari 19/10/2010 Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau singkatannya UMNO sekali lagi berkumpul di Menara Dato' Onn dan Pusat Perdagangan Dunia Putra(PWTC) untuk Perhimpunan Agong UMNO atau PAU. Wakil Puteri UMNO Kedah, Saudari Azifah Abdul Rahman sedang berucap Pada 19/10/2010. selain Amanat Presiden, sayap-saya...

More Link

Friday, June 25, 2010

UMNO KEDAH TIDAK SOKONG LESEN JUDI BOLA SEPAK



Last Updated (Tuesday, 30 November 1999 00:00) Friday, 25 June 2010 04:31
Attention: open in a new window. PDFPrintE-mail
AddThis Social Bookmark Button

ALOR SETAR 24 Jun - Badan Perhubungan UMNO negeri meminta kerajaan tidak meluluskan lesen perjudian bola sepak Piala Dunia 2010 kerana tindakan seumpama itu bakal memberi kesan negatif kepada rakyat di negara ini.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat perhubungan tersebut di ibu negara baru-baru ini yang turut dihadiri ketua-ketua UMNO bahagian.
Katanya, mesyuarat itu dipengerusikan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal selaku pengerusi badan itu.
"Semua ketua bahagian yang hadir memberi reaksi sama iaitu tidak menyokong pemberian lesen judi bola sepak Piala Dunia 2010," katanya pada sidang akhbar di Bangunan Tunku di sini hari ini.
Beliau mengulas isu tersebut yang hangat diperkatakan kebelakangan ini apabila kerajaan dikatakan akan memberi lesen perjudian kepada Ascot Sports Sdn. Bhd. (Ascot Sports) bagi menjalankan operasi pertaruhan sukan.
Menurut Ahmad Bashah, keputusan tersebut diambil memandangkan kesan buruk daripada kegiatan perjudian bola sepak.
"Telah timbul pelbagai masalah akibat judi sepanjang musim Piala Dunia ini. Kita dengar bagaimana isteri dibebani hutang ah long disebabkan suami yang berjudi,' kata beliau

0 comments:

Post a Comment