Friday, July 30, 2010

Pengurusan kes Kota Siputeh dilakukan hari ini(28/07/2010)




2010/07/28

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, hari ini memaklumkan bahawa pengurusan kes untuk menetapkan tarikh perbicaraan rayuan terhadap pengosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh akan dilakukan esok.

Azizan berkata, kerajaan negeri sudah menerima notis mengenai perkara berkenaan menerusi penasihat undang-undang negeri.

"Esok mereka akan tengok semua dokumen dan akan tetapkan tarikh untuk perbicaraan dan saya harap pilihan raya kecil diadakan segera sebab pilihan raya ini akan selesaikan banyak masalah terutama rakyat yang tergantung tiada wakil rakyat," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini, hari ini.
Pada 23 November tahun lalu, Hakim Mahkamah Tinggi (Rayuan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin, menolak permohonan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menangguhkan perintah terdahulu yang dibuat beliau di Mahkamah Tinggi pada 16 November apabila beliau mengisytiharkan kerusi DUN Kota Siputeh kosong dan Datuk Abu Hassan Sarif bukan lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Beliau juga mengarahkan SPR mengeluarkan writ bagi mengadakan pilihan raya kecil. Bagaimanapun SPR kemudiannya membuat rayuan di Mahkamah Rayuan Putrajaya.

Dalam perkembangan lain, Azizan berkata kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM751,000 sebagai wang saguhati untuk pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran peringkat diploma dan ijazah sarjana muda di institut pengajian tinggi awam.

Katanya, setiap pelajar diploma menerima RM200, manakala pelajar ijazah sarjana muda menerima RM400.
"Kita beri kepada pelajar dari keluarga yang kurang kemampuan berdasarkan sokongan wakil rakyat di tempat masing-masing," katanya. - Bernama

1 comments:

Bicara Kedah said...

Perbicaraan akan diadakan pada 22 - 23 September 2010. Lepas tu buat rayuan dan tangguh lagi. Lepas Mac 2011, maka PRK tidak dapat diadakan kerana melebihi tempoh 3 tahun yg membolehkan diadakan PRK.

Post a Comment