Written by zahari Thursday, 08 July 2010 08:33
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Dato Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah telah mengadakan pertemuan mesra dengan pegawai kanan akhbar Sinar Harian di Alor Setar baru-baru ini.
Sinar Harian diketuai Editor Sinar Harian Edisi Utara Muhamad Mat Yakim, Ketua Wartawan Edisi Utara Idros Ali dan wartawan Sinar Harian Kedah Roslinda Hashim.
Pada pertemuan selama 2 jam itu pelbagai isu semasa, terutama isu politik di peringkat negeri dan nasional dibincangkan. Wakil Sinar Harian juga tidak melepaskan kesempatan bagi mengajukan pelbagai soalan tentang kedudukan UMNO Kedah, persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13, pentadbiran kerajaan negeri dan beberapa topik lain.
Perbincangan secara mesra dan terbuka itu adalah satu peluang terbaik UMNO bagi mengenali lebih dekat orang kuat Sinar Harian, yang sering melaporkan pelbagai aktiviti dan isu berkaitan UMNO dan BN di Kedah.
Ahmad Bashah menyuarakan rasa bangga kerana dapat bertemu dengan pegawai kanan Sinar Harian itu dan berharap pertemuan itu sentiasa di adakan bagi membolehkan kedua pihak saling memahami sesuatu isu dan saling bekerjasama. Beliau juga berterima kasih kerana Sinar Harian sering memberi ruang kepada aktiviti yang dilakukan pemimpin UMNO Kedah dan BN.
0 comments:
Post a Comment