Saturday, September 4, 2010

Salam Kasih Aidil Fitri Puteri UMNO Kedah

03/09/2010.


Puteri UMNO Negeri Kedah telah mengadakan satu program amal yang di bertema Aidil Fitri bersama-sama Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Mahathir yang juga Tim. Menteri di MITI.  Program itu di adakan di Gurun dengan turut di sertai oleh Penyelaras Parlimen Jerai, Datuk Suhaimi Hj Abdullah yang juga Ketua UMNO Bahagian Jerai dan tidak ketinggalan ADUN Gurun yang begitu komited dengan kawasan yang beliau wakili iaitu YB Dr Leong.  Hampir kesemua Ketua Puteri UMNO Bahagian-Bahagian turun untuk memberi sokongan kepada Puteri UMNO Kedah dan program berkenaan. 


 Program ini bukan hanya setakat meraikan anak-anak yatim dan ibu tunggal, malah mereka juga di berikan sumbangan seperti hamper makanan dan sedikit duit raya sebagai tanda kasih dan ingatan UMNO kepada rakyat, lebih dari itu anak-anak yatim juga turut mendapat pakaian baru sempena Aidil Fitri yang bakal menjelang tidak berapa lama lagi.




















Ketua-Ketua Puteri UMNO Bahagian bergambar kenangan bersama dengan Datuk Mukhriz, Datuk Shuhaimi, YB Dr. Leong dan Ketua Puteri UMNO Negeri Kedah, Puan Norshimah.
(Ketua-ketua Puteri Alor Setar, Pendang, Kuala Kedah, Pokok Sena dan Jerlun -berdiri dari kiri ke kanan)
(Ketua Puteri UMNO Jerai di kiri dan Merbok di sebelah kanan).  Tiada dalam gambar tapi turut hadir ialah Ketua Puteri UMNO Padang Serai.

0 comments:

Post a Comment