Sunday, October 10, 2010

BANTAHAN KENAIKAN TARIF AIR OLEH AHLI DAN PENYOKONG PAS KEDAH.



Baru sebentar tadi beberapa penyokong dan pemimpin PAS Kedah telah mengadakan demonstrasi menentang kenaikan tarif air.  Mereka telah juga menyampaikan memorandum bantahan kepada Menteri Besar kedah, Dato' Seri Haji Azizan Abdul Razak melalui Pegawai diWisma Negeri, kerana di maklumkan Menteri Besar tiada, mungkin kerana belum masuk ke pejabatnya lagi.





















Ketua kepada Kumpulan yang membantah kenaikan tarif air
sedang menunjukkan memorandum tersebut kepada pihak media
dan kemudiannya mengedarkan salinan memorandum tersebut kepada orang ramai
dan pihak media.

Mereka turut mendesak Dato' Seri Menteri Besar untuk SEGERA
meletak jawatan.
Ketua kepada kumpulan demontrasi aman sedang mengedarkan
salinan memorandum bantahan kepada pihak media.

Pneyelaras kumpulan yang membantah kenaikan tarif air sedang
menyerahkan memorandum bantahan berkenaan kepada seorang 
pegawai Kerajaan Negeri Kedah yang mengaku dirinya adalah
wakil kepada Menteri Besar Kedah.

Demontrasi aman itu berakhir dengan wawancara oleh pihak media bagi memberi peluang kepada kumpulan berkenaan untuk menerangkan tindakan mereka dengan lebih terperinci lagi.

Turut memberi penerangan ialah Encik Najib Fahmi Yahya yang merupakan senior dalam parti PAS baik pada peringkat Kedah mahupun Malaysia.  Antaranya beliau adalah bekas Ketua Pemuda PAS Kedah, EXCO PAS Pusat dan Pengasas PASTI.  Turut kelihatan di belakang beliau ialah bekas tahanan ISA yang baru di bebaskan(memakai 'lebai' berwarna hitam berlilitan putih).

Dari Utusan:

ALOR SETAR 10 Okt. - Sekumpulan ahli Pas hari ini menyerahkan memorandum membantah kenaikan tarif air di negeri ini yang berkuatkuasa 1 Oktober lalu kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
Kumpulan yang bertindak atas nama Jawatankuasa Bertindak Membantah Kenaikan Isu Air itu berhimpun di hadapan pejabat Menteri Besar di Wisma Darul Aman di sini untuk menyerahkan memorandum tersebut kepada wakil Menteri Besar, Zulkapli Osman.
Wakil kumpulan itu, Abdullah Hashim berkata, memorandum tersebut mendesak supaya kerajaan negeri menarik balik keputusan menaikkan tarif air kerana ia menjejaskan kehidupan rakyat di negeri ini khususnya golongan miskin.
Katanya, Menteri Besar juga diminta supaya mendedahkan perjanjian antara Syarikat Air Darul Aman (SADA) dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang dikatakan merugikan rakyat.
Mereka juga mendesak Menteri Besar meletakkan jawatan kerana gagal memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat Kedah apabila tarif air dinaikkan antara 25 hingga 44 peratus.
Turut sama dalam bantahan itu ialah bekas Setiausaha Kerja Pas Kedah, Md. Noor Abd. Rahman dan bekas Ketua Pemuda Pas Kedah yang juga bekas Setiausaha Pas Kawasan Jerai, Mohd. Najib Fahami Yahya.
Sementara itu, Azizan ketika mengulas mengenai bantahan itu mengakui tindakan tersebut dilakukan oleh ahli Pas dan tidak didalangi oleh parti lawan.
Bagaimanapun kata beliau, tindakan tersebut tidak mendapat sokongan daripada ahli-ahli lain kerana kumpulan tersebut dikenali sebagai golongan yang sering menimbulkan masalah sehingga ditolak oleh kepimpinan Pas di kawasan berkenaan.
Azizan menjelaskan, kumpulan tersebut hanya mewakili diri sendiri, bukannya keseluruhan rakyat negeri Kedah.

0 comments:

Post a Comment