Saturday, January 30, 2010

TAKILIMAT KHAS PENDAFTARAN SABK SMAN/SMAR NEGERI KEDAH 2010


Bertempat di Hotel Holiday Villa Alor Setar, tepat pada pukul 2.30 petang YB Senator Mejar General(B) Dato' Seri Jamil Khir Baharom Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi Ehwal Agama tiba di Dewan Tingkat 9 untuk memberi taklimat khas ini kepada pentadbir-pentadbir SMAN dan SMAR.

KARNIVAL PENDIDIKAN JUARA RAKYAT 1MALAYSIA

Karnival anjuran Pemuda UMNO Bahagian Kubang Pasu ini telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Wawasan Jitra dengan dirasmikan oleh Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka.  Beliau adalah juga AMT UMNO Malaysia.  Beliau dijemput sebagai tetamu kehormat untuk merasmikan karnival yang berlangsung selama 2 hari ini.


PROGRAM TURBA PARLIMEN JERLUN

Sebagai sebahagian dari program berterusan UMNO Kedah dan Bahagian-bahagian UMNO, Program Turba untuk UMNO Bahagian Jerlun berjalan serentak dengan lain-lain program yang telah diatur sepanjang minggu kedua bulan Januari 2010 yang lalu.  Antara program yang di isi adalah melawat rakyat Jerlun dari pelbagai lapisan untuk mendengar sendiri keluhan, luahan, pandangan, pendapat hatta komen dari mereka sebagai tnaggungjawab bersama seluruh pemimpin UMNO baik di Bahagian mahupun Negeri Kedah khasnya dan UMNO Malaysia khususnya.

Program istimewa kali ini turut disertai oleh Jabatan-jabatan dari Kerajaan Persekutuan seperti Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang diterajui oleh menterinya, Dato' Seri Shafie Apdal melalui KEDA danKEMAS. Begitu juga dengan agensi-agensi seperti FELCRA, FELDA, MARDI serta lain-lain agensi.


PROGRAM PENYERAHAN RUMAH DI BAWAH SPKR PERINGKAT PARLIMEN JERLUN


Friday, January 29, 2010

MAJLIS PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT PARLIMEN JERLUN

Pada 16hb Januari 2010 para pemimpin Badan Perhubungan UMNO Kedah termasuklah Pengerusinya Dato' Seri Shafie Apdal telah turun ke UMNO Bahagian Jerlun sebagai aktiviti rutin Perhubungan UMNO  Kedah dalam program susuan untuk terus mendekati rakyat sejajar dengan pelancaran kempen Juara Rakyat yang dilancarkan seminggu sebelum itu oleh Prsesiden UMNO Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak diBukit Beruntung pada 9hb Januari 2010 yang lalu.  Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah telah mengambil langkah proaktif dengan segera mengadakan program susulan ini sebagai aktivit susulan dan berterusan.


Tuesday, January 26, 2010

Mereka itu 'Firaun Kecil'...saya sedia tinggalkan parti kata Zul Nordin




Oleh: HANAFIAH MAN


Ahli Parlimen PKR Kulim Bandar Bharu, Zulkifli Nordin menyifatkan Ahli Parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Zaid Ibrahim sebagai Firaun Kecil yang mempertikaikan pendiriannya berhubung dengan kalimah Allah.

Sunday, January 24, 2010

BENGKEL GERAK CEMERLANG SIRI VI

Bengkel kali ke 6 ini, para pesertanya adalah dari Bahagian Jerlun.  Kira-kira 48 orang ahli UMNO pelbagai peringkat dan sayap menghadiri bengkel selama tiga hari ini, yang bermula pada 22hb Januari 2010 dan berakhir pada tengahari tadi iaitu kira-kira pada pukul 2.30 petang.

Pada malam semalam, para peserta telah di lawati oleh Ketua Bahagian Jerlun, Dato' Abu Hassan bin Shariff dan Pegawai Khas kepada Yang Berhormat Senator Mejar General(B) Dato' Seri Jamil Khir Baharom yang juga Pengerusi Biro Penerangan UMNO Kedah, Encik Shuhaimi.

Hari Pertama


Thursday, January 21, 2010

BENGKEL GERAK CEMERLANG SIRI V

Pada kali ini, Bahagian yang terbabit dengan Bengkel ini adalah dari Bahagian Merbok.  Bengkel ini di adakan dari 15hb Januari 2010 sehingga 17hb Januari 2010 dengan disertai oleh semua sayap-sayap parti Bahagian.

Pada hari ke dua bengkel, Pengerusi Biro Penerangan Perhubungan UMNO Kedah, Yang Berhormat Senator Mejar Jeneral(B) Dato' Seri Jamil Khir Baharom telah sempat meluangkan masa kira-kira dua jam bagi memberikan kata-kata perangsang kepada peserta bengkel pada sebelah petangnya.




BENGKEL GERAK CEMERLANG SIRI IV

Wednesday, January 13, 2010


BENGKEL GERAK CEMERLANG BAHAGIAN KUALA KEDAH

Bengkel Gerak Cemerlang bagi Zon 2 Siri 1 (Bahagian Kuala Kedah) telah diadakan di D' Yan Chalet Peranginan Titi Hayun, Yan Kedah pada 8hb - 10hb Januari 2010 .Disini di paparkan beberapa aksi peserta sepanjang tempoh kursus diadakan : -

BAHAGIAN KUALA KEDAH telah di Anugerahkan Kumpulan CEMERLANG diatas kejayaan mereka bagi menyelesaikan misi Explorace dalam masa kurang daripada 2 jam setengah. TANIAH !!!!

BENGKEL GERAK CEMERLANG SIRI III

Monday, October 19, 2009

Bengkel ini telah dianjurkan oleh Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah melalui penerangan UMNO Kedah bagi Bahagian Jerai bertempat di Merdeka Beach Rosort,Pantai Merdeka Kedah, ianya diuruskendalikan oleh Minda Training Consultant pada 9hb - 11hb Oktober 2009. Seramai 56 peserta telah menyertai bengkel ini.


Berikut adalah antara aksi2 peserta di dalam menjayakan bengkel ini.



BENGKEL GERAK CEMERLANG SIRI II

Monday, October 5, 2009


BENGKEL GERAK CEMERLANG BAHAGIAN POKOK SENA

Bengkel ini telah dianjurkan oleh Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah melalui Penerangan UMNO Kedah bagi Bahagian Pokok Sena bertempat di The Tree Top Walk Sg. Sedim,Kulim Kedah pada 2hb - 4hb Oktober 2009. Seramai 58 peserta telah menyertai bengkel ini.

Berikut adalah antara aksi2 peserta di dalam menjayakan bengkel ini.



BENGKEL GERAK CEMERLANG SIRI I

Wednesday, August 26, 2009


Bengkel Gerak Cemerlang UMNO Negeri Kedah Yang Diadakan


Pada :7hb-8hb Ogos 2009(Siri 1)
14hb - 15hb Ogos 2009 (Siri 2)

Bertempat Di : Swiss Inn Hotel,Sg. Petani Kedah

Di rasmikan oleh : YB Senator Mej. Jan. (B) Dato' Haji Jamil Khir Baharom,
Turut hadir ialah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, YB Dato' Seri Hj. Mohd Shafie Hj. Apdal

**Dipetik dari Minda Training Consultant

 



Tuesday, January 19, 2010

Tiada sekatan terhadap jemaah haji tunai ibadah

Wednesday, 19 August 2009




Utusan Online - 19/08/2009 5:08pm
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0819&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_30.htm&arc=hive

PUTRAJAYA 19 Ogos - Tiada sekatan terhadap mereka yang telah mendaftar untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom.

Jangan jadi penghukum - Jamil Khir

Friday, 14 August 2009






Jamil Khir Baharom sambil diperhatikan Muhammad Ali Hashim (kiri) mengatakan sesuatu kepada pelajar Rumah Anak Yatim dan Miskin Taman Baiduri Dengkil pada Majlis Pelancaran Tijarah Ramadan Musim Ke-5/2009 di Kuala Lumpur, semalam.

Hormati Ramadan semasa kempen

Friday, 14 August 2009



Utusan Malaysia Online - ARKIB : 13/08/2009

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0813&pub=utusan_malaysia&sec=Politik&pg=po_12.htm&arc=hive

KUALA LUMPUR 12 Ogos - Semua pihak yang terlibat dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir dinasihatkan sentiasa menjaga adab dan tatasusila bagi menghormati bulan Ramadan.

Fatwa On ISA Need Consent Of Rulers Council - Jamil Khir

Friday, 7 August 2009



BERNAMA

August 06, 2009 18:49 PM

KUALA LUMPUR, Aug 6 (Bernama) -- Fatwa (Islamic religious rulings) can only be issued by the National Religious Council through an application to the Rulers Council for consent and not on the request of individuals, said minister in the Prime Minister's Department Major Gen (R) Datuk Jamil Khir Baharom.

PM Beri Nasihat Kepada UMNO Kedah

Tuesday, 14 July 2009



Utusan Online (14.07.2009)

Tiada jawatan kalau tak buat kerja - PM

ALOR SETAR 13 Julai - Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi amaran kepada ahli-ahli parti itu bahawa mereka tidak akan diberikan jawatan sekiranya gagal melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat.

Artikel Agama Pilihan - Pengajaran Peristiwa Israk Mikraj

Monday, 13 July 2009



Utusan Malaysia Online - 13/07/2009

Pengajaran peristiwa Israk dan Mikraj

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN

PERISTIWA Israk dan Mikraj merupakan perjalanan dan mukjizat agung yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia yang paling layak dan teragung, Rasulullah SAW.

11 Hadiah Untuk Rakyat - YAB Dato' Seri Najib (Sempena 100 Hari Pemerintahan)

Sunday, 12 July 2009



Utusan Malaysia Online

ARKIB : 12/07/2009
11 ‘hadiah rakyat’


"HARI ini, saya dedikasikan khusus tentang kesejahteraan dan kebajikan tuan-tuan, puan-puan serta anak-anak sekalian"

"Saya akan terus berusaha sedaya mungkin dan menyingsing kudrat untuk mencari penyelesaian-penyelesaian seraya membuat keputusan-keputusan demi kepentingan tuan-tuan dan puan-puan Dalam sebarang keputusan, kepentingan rakyat didahulukan dan saya tidak membuat sesuatu secara berwenang-wenang jauh sekali secara semberono"

Artikel Agama Pilihan - Daripada Berita Harian Online (12.07.2009)

Sunday, 12 July 2009


Ulul Albab: Fikiran, hati tenang suburkan sikap optimis
Bersama Abdurrahman Haqqi

IBNU Abbas RA ialah sahabat Nabi SAW yang digelar sebagai hibr al-ummah atau tinta umat kerana kehebatan ilmu, khasnya dalam memahami al-Quran seperti doa yang dimohon Baginda untuknya. Ibnu Abbas mempunyai pendirian unik dan patut kita miliki agar kita hidup tenang, tenteram dan bersahaja seperti beliau.

Berita Pilihan : Krisis Fertiliti Dalam Kalangan Masyarakat Malaysia

Sunday, 12 July 2009



Malaysia kini berdepan dengan krisis fertiliti (kesuburan). Kadar kesuburan kini 2.6 bayi bagi setiap pasangan berbanding 3.6 pada tahun 1990. Keterangan lanjut boleh didapati di bawah :

New Straits Times - 12/7/2009

Malaysians facing fertility crisis
2009/07/12

By Evangeline Majawat

PETALING JAYA: Malaysia is facing the risk of a shrinking population. A recent United Nations Children's Fund report stated that Malaysia’s fertility rate had dropped from 3.6 babies per couple in 1990 to 2.6 babies now.

Kenyataan rasmi Ketua Pemuda UMNO mengenai PPSMI

Saturday, 11 July 2009



dipetik dari rembau.net
Kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO
July 09, 2009

Selaras dan konsisten dengan pendirian kami sebelum ini, Pergerakan Pemuda UMNO menyambut baik dan mengucapkan syabas dengan keputusan jemaah Kabinet yang memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) secara berperingkat bermula dari tahun 2012. Keputusan tersebut yang telah diumumkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, semasa membentangkan strategi bagi memartabatkan subjek Bahasa Malaysia dan memantapkan lagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan, menggambarkan pendekatan penuh prihatin dan bertanggungjawab serta peka terhadap pencapaian dan maklum balas bagi dasar yang dilaksanakan

Mansuh PPSMI Pada 2012 Bukan Keputusan Terburu-Buru - Muhyiddin

Friday, 10 July 2009



Berita Dari Bernama - 10.07.2009

KAMPAR, 10 Julai (Bernama) -- Keputusan kerajaan memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada 2012 bukan satu pelaksanaan yang terburu-buru dan gopoh, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata keputusan pemansuhan PPSMI pada 2012 itu dibuat setelah menimbang faktor yang penting untuk meningkatkan pengajaran Bahasa Inggeris di mana segala persiapan yang sempurna dapat disediakan dalam tempoh dua setengah tahun.

Ini, katanya termasuk kelengkapan yang cukup, bahan yang digunakan, makmal bahasa yang baik serta guru-guru yang mahir.

"Kita telah mengambil kira tempoh masa itu untuk membuat persiapan yang sempurna. Tidak boleh tergopoh-gapah dalam soal pendidikan ini. Saya faham pejuang-pejuang bahasa ini kalau boleh esok mahu mulakan. Tetapi kita perlu realistik dan sebab itu kita menganjurkan tempoh itu," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas melancarkan Festival Minda Malaysia kelima anjuran Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Malaysia Mental Literacy Movement dan Kolej TAR di sini Rabu ini.

Muhyiddin berkata dua setengah tahun sebelum PPSMI dimansuhkan adalah jangka masa yang mencukupi untuk melaksanakan segala persiapan dengan sempurna, sambil menambah kerajaan tidak mahu mengulangi masalah yang sama ketika melaksanakan PPSMI sebelum ini.

Ketika diminta mengulas gesaan Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) supaya dasar itu dimansuhkan secara menyeluruh termasuk di peringkat universiti, Muhyiddin berkata perkara itu diserahkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi untuk dibincangkan.

"Di peringkat Tingkatan Enam... matrikulasi, memang komponen bahasa Malaysia itu digunakan di samping di situ juga terdapat kekuatan dalam bahasa Inggeris.

"Kita serahkan kepada (kementerian) Pengajian Tinggi untuk menentukan bagaimana caranya supaya proses itu akan sampai ke peringkat tertinggi walaupun di universiti sudah banyak terdapat penggunaan bahasa Inggeris.

"Kita mahu kemahiran berbahasa Inggeris (oleh pelajar) di peringkat itu mahir tetapi tidak mengetepikan kekuatan bahasa kebangsaan," katanya.

Muhyiddin berkata terdapat peningkatan pelajar di negara ini sebelum PPSMI dilaksanakan apabila mereka berjaya menjadi graduan dan profesional terutama dalam bidang perubatan serta kejuruteraan, bagaimanapun selepas PPSMI diperkenalkan majoriti pelajar tidak berupaya.

Trend kejatuhan kedudukan negara yang menjunam ke ranking ke-20 berbanding 10 sebelum ini bagi bidang Matematik dan ranking ke-21 berbanding 20 dalam Sains amat membimbangkan, katanya.

Ketika ditanya sama ada kerajaan akan memberi penjelasan kerana ada pihak yang masih tidak bersetuju dengan pemansuhan PPSMI itu, Muhyiddin berkata kerajaan tidak dapat memuaskan hati semua pihak.

"Keputusan yang kita buat adalah mengambil kira fakta dan kenyataan. Kita tidak hanya memilih satu dua sekolah sahaja tetapi lebih 10,000 sekolah di seluruh negara terutama di luar bandar di mana bahasa Inggeris pada mereka sebagai bahasa kedua dan sebagai bahasa asing," katanya.

Beliau berkata dalam membuat keputusan itu, kerajaan mengambil kira kepentingan majoriti dan ini tidak bermakna kepentingan minoriti ketepikan.

-- BERNAMA

Leaders Pay Tribute To PM Najib On His First 100 Days In Office 11.07.2009

Friday, 10 July 2009



From BERNAMA :

July 10, 2009 20:22 PM

KUALA LUMPUR, July 10 (Bernama) -- Several leaders Friday paid tribute to Datuk Seri Najib Tun Razak who marks his first 100 days in office as the prime minister, tomorrow.

Minister in the Prime Minister's Department Tan Sri Dr Koh Tsu Koon said Najib was a leader who has been able to stay focused and firm in discharging his duties.

"In his (first) 100 days, he has stayed focused and firm in underlining management performance. He has personally led Cabinet ministers in three workshops to work on the key performance indicators (KPI) in three months, motivating and galvanising all of us to forge ahead with strong commitment and team spirit," Koh said in a statement.

Koh, who is also Gerakan president, said that by promoting the 1Malaysia concept based on unity in diversity and implementing economic liberalisation measures, Najib had also infused fresh air and a new strategy to the country's social and economic outlook.

He said he was optimistic that Najib would continue to initiate more reforms.

Human Resource Minister and MIC secretary-general Datuk Dr S. Subramaniam said Najib's leadership was exceptional in that he made immediate decisions to ensure that the administration functioned smoothly.

"I extend my congratulations to the prime minister. I am proud to be serving in his administration because his is an exceptional leadership," he said.

Subramaniam said Najib showed much concern to all aspects and his priority was to ensure the well-being of all the communities.

"For me, he has fostered closer relations among the various races through his new policies," he said.

People's Progressive Party (PPP) president Datuk M. Kayveas said Najib had succeeded in placing the people and country on the right track towards establishing a united and progressive nation.

"He has succeeded in bringing about positive change in the social, economic and political aspects of the country, and this will raise confidence in the majority of the people and entice them to support the government," he said.

-- BERNAMA

YAB Dato' Seri Najib di Kedah 13.07.2009

Thursday, 9 July 2009



Untuk makluman, satu perhimpunan bersama YAB Dato' Seri Najib akan diadakan di Dewan Wawasan Jitra pada 13.07.2009 jam 2.30 petang.
Semua dijemput hadir.

Istilah KBSM - PPSMSS : YB Ahmad Maslan

Untuk Makluman

Wednesday, 8 July 2009


Istilah KMSM dan PPSMSS ini diperkenalkan oleh YB Ahmad Maslan - Ketua Penerangan UMNO Malaysia.

Ia bermaksud

K (Kenduri) - B (Bersalin) - S (Sakit) - M (Mati).

P (Pagi)- P (Petang) - S (Siang) - M (Malam) - S (Subuh) - S (Senja)

Dalam erti kata lain - UMNO perlu bekerja kuat untuk memenangi kembali hati rakyat. Keprihatinan pemimpin UMNO kepada major life events (peristiwa besar) dalam hidup seseorang individu di dalam kawasan masing-masing - seperti yang dinyatakan di atas adalah satu langkah penting dalam merealisasikan impian tersebut.

Mesyuarat Bersama Setiausaha Perhubungan Negeri

Wednesday, 8 July 2009



Petang tadi telah berlangsung satu mesyuarat khas yang telah dipengerusikan oleh Setiausaha Perhubungan UMNO Negeri - YB Dato' Ir Nawawi.

Ia telah dihadiri oleh Setiausaha Bahagian dan Ketua Penerangan UMNO dari semua bahagian di negeri Kedah ini. Turut hadir ialah SUK UMNO Negeri (Dato' Ariffin) , Pengerusi Pusat Sumber Negeri (Dato' Bakri) dan YB Shabudin (Setiausaha Politik kepada YB Sen. Mej. Jen. (B) Dato' Jamil Khir Baharom).

Banyak perancangan yang telah dan akan dibuat oleh UMNO Negeri dalam memantapkan jentera yang sedia ada bagi menghadapi pilihan raya yang akan datang. Idea-idea baru yang cukup menarik telah dikemukakan dan ini sudah tentu akan menaikkan lagi semangat para ahli untuk terus berjuang bagi merampas kembali negeri ini dari tangan pembangkang.

Sains Dan Matematik Dalam BM Dan Bahasa Ibunda 2012 - Muhyiddin

Wednesday, 8 July 2009



Berita Pilihan : BERNAMA

08 Julai, 2009 15:06 PM

PUTRAJAYA, 8 Julai (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah kebangsaan akan dilaksanakan dalam Bahasa Malaysia berkuatkuasa pada 2012.

PPSMI diumum esok -TPM

Tuesday, 7 July 2009



Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan keputusan kerajaan mengenai Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) esok. - Astro Awani.

Konsep 1Malaysia tidak rigid - PM

Tuesday, 7 July 2009



Utusan Malaysia Online : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0707&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_23.htm

07/07/2009 6:55pm


PUTRAJAYA, 7 Julai (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata nilai-nilai yang terkandung di dalam konsep 1Malaysia tidak bersifat muktamad tetapi akan melalui proses penambahbaikan dari semasa ke semasa.

“Konsep ini tidak terlalu rigid, (ia) berkembang, apabila kita terus bergerak, kita berkembang. Ia bukan muktamad dan boleh ditambahbaik tetapi ia perlu menjadi bahan yang boleh ditingkatkan.

“Maknanya boleh membuat penambahbaikan, jika kita merasakan perlu, nilai-nilai diperbaiki,” katanya ketika menyampaikan amanat di majlis sepetang bersama Perdana Menteri anjuran Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) di Sri Satria, di sini hari ini.

Turut hadir isteri beliau yang juga Yang Dipertua Bakti, Datin Seri Rosmah Mansor.

Najib yang juga Penaung Bakti berkata, konsep 1Malaysia tidak hanya bersandarkan kepada tiga teras utama tetapi turut menerapkan nilai-nilai aspirasi lain yang penting untuk membawa negara ke tahap yang lebih tinggi dalam usaha membentuk Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi, negara dunia pertama dan negara berprestasi tinggi.

- BERNAMA

PM Tidak Mahu Campur Tangan Isu Tanah di Pulau Pinang

Tuesday, 7 July 2009



sumber daripada Utusan Online :

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0707&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Selesaikan sendiri – PM

Oleh WAN NAJIB WAN DAUD
najib.daud@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 6 Julai – Kerajaan negeri Pulau Pinang perlu menyelesaikan sendiri masalah pengambilalihan tanah di Kampung Buah Pala tanpa perlu campur tangan orang lain.

UMNO Kuala Kedah Anjur Perjumpaan Bersama Ketua Penerangan Cawangan

Tuesday, 7 July 2009



Biro Penerangan UMNO Kedah telah dimaklumkan bahawa UMNO Bahagian Kuala Kedah akan mengadakan program khas

Program Dialog & Interaksi - AJK Penerangan Bahagian Bersama Ketua Penerangan UMNO Cawangan Dalam Bahagian Kuala Kedah & Bekas Ketua Penerangan UMNO Bahagian pada 11.7.2009 di Tingkat 6 Bangunan UMNO, Alor Setar, Kedah.

Pertemuan Dengan Bloger Utara - 04.07.2009

Sunday, 5 July 2009





Pakatan Pembangkang Tak Mampu Tadbir Kerajaan: Puad Zarkashi

Sunday, 5 July 2009



5 Julai 2009

PUTRAJAYA, 4 Julai (Bernama) — Konflik berterusan yang melanda beberapa negeri yang ditadbir pakatan pembangkang membuktikan mereka tidak mampu mentadbir sesebuah kerajaan secara bersama, kata Anggota Majlis Tertinggi Umno Dr Mohd Puad Zarkashi.

Tidak Perlu Tangguh ke Mekah - YB Dato' Jamil Khir

Thursday, 2 July 2009



Utusan Malaysia Online 2/7/2009 : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0702&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_09.htm&arc=hive


Oleh WAN SYAMSUL AMLY
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 1 Julai - Umat Islam di negara ini diminta tidak terlalu bimbang terhadap saranan penangguhan ibadah haji kepada warga tua, golongan sakit dan kurang sihat oleh kerajaan Arab Saudi ekoran usaha negara itu untuk menghalang penyebaran wabak selesema babi atau influenza A (H1N1).

YB Dato' Jamil Khir Dalam Media : SINAR - 01.07.09 (N10)

Wednesday, 1 July 2009



84.8% Dari 2,244 Responden Setuju Pendekatan Islam Hadhari

Tuesday, 30 June 2009



30 Jun 2009 - BERNAMA

http://bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=421872

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Hasil kajian mengenai pelaksanaan Islam Hadhari menunjukkan 84.8 peratus dari 2,244 responden bersetuju dan menerima pendekatan Islam Hadhari.

Kenali Calon Kita di Manek Urai

Monday, 29 June 2009



Dari UMNO ONLINE (http://umno-online.com/?p=2994)

Kenalilah Calon Kita – Tuan Aziz Tuan Mat

Jun 29th, 2009 | By Zailan | Category: Berita Pilihan
KUALA KRAI, 29 Jun – Sebagai calon pilihan raya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.41 Manek Urai, Tuan Aziz Tuan Mat merupakan produk anak tempatan yang bukan sahaja berjaya dalam bidang profesional malah terbukti aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan dan sentiasa berdampingan dengan rakyat setempat.

Pengurus Bahagian Pemantauan Projek Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Tuan Aziz Tuan Mat, 39, telah dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, 14 Julai ini sebagaimana yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini semalam.

Tuan Aziz adalah anak jati Kuala Krai yang mendapat pendidikan awal di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yok Chai sebelum berpindah ke Sekolah Kebangsaan Sultan Yahya Petra dan seterusnya ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra dan Sekolah Menengah Teknik Terengganu.

Selepas menamatkan pengajian di Universiti Teknologi Malaysia, anak keempat dari enam beradik itu bertugas di beberapa buah syarikat swasta di Kuala Lumpur seperti Kontena Nasional sebelum kembali ke Kuala Krai untuk berkhidmat bersama Kesedar pada tahun 1997.

Suami kepada Suzana Husin, seorang guru di Sekolah Menengah Tengku Indera Putera II, Gua Musang dan bapa kepada tiga orang anak ini ternyata berpengalaman luas dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat setempat.

Penglibatan pemegang Ijazah Sarjanamuda Pengurusan Teknologi itu dalam aktiviti kemasyarakatan dan sosial seperti Majlis Belia, Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC) banyak menyerlahkan keprihatinannya terhadap masalah dan agenda semasa yang dilalui oleh rakyat dan golongan muda melalui pelbagai aktiviti.

Justeru, telah terbukti bahawa kejayaan cemerlang Ketua Pemuda UMNO Kuala Krai ini mampu menjadi wadah kepada masyarakat untuk kesinambungan pembangunan dan kemajuan masyarakat kekal utuh bersama Barisan Nasional.

Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Pilihlah BN.

Buang masa debat dengan Nik Aziz - Dr. Mahathir

Monday, 29 June 2009



UTUSAN MALAYSIA (29.06.2009)

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my

ALOR SETAR 28 Jun - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak perlu melayan pelawaan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk berdebat secara terbuka kerana ia tidak mendatangkan sebarang faedah.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, debat terbuka antara kedua-dua pemimpin parti politik terbesar Melayu itu jika diadakan hanya membazir masa dan akan menjadi satu bentuk hiburan semata-mata.

Malah, katanya, Malaysia mempunyai acuannya tersendiri dan tidak perlu mengikut amalan sesetengah negara luar yang mengadakan debat secara terbuka antara pemimpin parti politik dalam mempertahankan pendapat masing-masing.

"Hanya buang masa. Jadi satu hiburanlah, kita bukan lantik pemimpin untuk berhibur," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Negeri Kedah di Bangunan Tunku di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis itu ialah Naib Presiden UMNO yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal; Presiden Mubarak, Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir.

Beliau ditanya cabaran Nik Abdul Aziz yang mengajak Perdana Menteri berdebat secara terbuka ekoran tindakan Pemuda UMNO Kelantan membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Kelantan itu kerana didakwa memfitnah UMNO dalam ceramah di Manek Urai baru-baru ini.

Dalam pada itu, ditanya mengenai amalan rasuah dalam UMNO, Mahathir berkata, parti itu akan mengalami kesukaran pada pilihan raya umum akan datang jika masih meletakkan calon yang mempunyai imej rasuah.

Beliau yang kecewa dengan keadaan rasuah dalam UMNO bagaimanapun berkata, pada masa ini terdapat usaha-usaha positif di kawasan tertentu untuk memulihkan semula kepercayaan rakyat terhadap parti.

Terdahulu dalam ucapannya, Dr. Mahathir berkata, UMNO tidak boleh mengharapkan semata-mata kepada ahlinya untuk memenangi sesuatu pilihan raya, sebaliknya perlu meraih sokongan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Katanya, angka yang menunjukkan ahli UMNO pada masa ini iaitu kira-kira 3.5 juta bukan ukuran menjamin kemenangan jika parti itu gagal meraih sokongan padu daripada rakyat.

Justeru, jelasnya, UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu membersihkan imejnya dan sentiasa mendekati rakyat supaya mendapat sokongan mereka yang berpuas hati dengan prestasi dan imej parti.

Senarai Ketua Penerangan UMNO Bahagian 2008/2011

Monday, 29 June 2009



Senarai Ketua Penerangan UMNO Bahagian kini boleh didapati di blog ini.

Terima kasih.

YB Dato' Jamil Khir Dalam Media : METRO - 27.06.09 (ms 45)

Saturday, 27 June 2009



Nik Aziz Samakan Perjuangan UMNO Dengan Ayah Pin & Komunis - Komen Tengku Razaleigh ....

Komen Tengku Razaleigh dalam The Star Online http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/6/26/mstar_berita/20090626152209&sec=mstar_berita

Jumaat Jun 26, 2009

Nik Aziz tidak sepatutnya kelirukan rakyat - Tengku Razaleigh
KUALA KRAI: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak sepatutnya membuat kenyataan mengelirukan dengan menyamakan perjuangan Umno seperti ajaran sesat Ayah Pin dan komunis, kata Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Beliau berkata kenyataan Nik Aziz, yang dibuat pada satu ceramah di Manek Urai lima hari lepas, tidak wajar memandangkan Nik Aziz sendiri pernah bertanding di Kelantan atas tiket Barisan Nasional semasa PAS bersama BN.

"PAS pun parti politik seperti Umno dan kita (Umno) tak kurang juga berjuang untuk Islam. Segala-galanya yang kita lakukan untuk Islam juga. Tak munasabah dia cakap macam ini.

"Dia dulu bersama BN juga. Tahun 1967 dia bertanding pada pilihan raya kecil di Kelantan dia bersama kita. Pada tahun 1974 masa Kelantan dikuasai BN, dia bertanding di Bachok atas tiket BN. Kenapa nak timbulkan perkara yang boleh mengelirukan pemikiran rakyat," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan penduduk Manik Urai di Sekolah Kebangsaan Manik Urai di sini, hari ini.

Turut hadir Setiausaha BN Kelantan, Datuk Alwi Che Ahmad dan Ketua Umno Bahagian Kuala Krai, Datuk Ramzi Abdul Rahman.

Tengku Razaleigh berkata apa yang penting ialah penduduk Manek Urai yang akan menghadapi satu pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Manek Urai pada 14 Julai ini, tahu menilai mana yang betul atau sebaliknya.

Beliau berkata BN mempunyai peluang yang cerah untuk menang pada pilihan raya kecil itu memandangkan Pas pernah tewas di situ.

"Kita kalah pada pilihan raya umum 2008 kerana sentimen yang kuat kepada pembangkang yang menimbulkan banyak isu yang mempengaruhi mereka pengundi," katanya.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Ismail Yaakob daripada Pas pada 22 Mei lepas. BERNAMA

Majlis Perhimpunan Pemuda Melayu

Friday, 26 June 2009



Majlis Perhimpunan Pemuda Melayu anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kubang Pasu akan berlangsung di Kampung Padang Halban, Changloon, Kedah pada 27 Jun 2009 (Sabtu), jam 9.00 malam. Penceramah jemputan ialah YB Dato'Mukhriz Bin Tun Dr.Mahathir
(Bendahari UMNO Negeri Kedah & Ahli Parlimen Jerlun) & Tn.Haji Megat Zulkarnain Bin Datuk Haji Omardin (Exco Pemuda UMNO Malaysia & Ketua Pemuda Gombak).

Tuan2 semua dijemput hadir

Tun Mahathir Sampai Ucaptama di Mesyuarat Agong Mubarak Negeri Kedah

Wednesday, 24 June 2009




YABhg. Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyampaikan ucaptama dan merasmikan Mesyuarat Agong Mubarak Negeri Kedah pada 28.06.2009 (Ahad) - jam 10.00 pagi di Dewan Persidangan Tingkat 8, Bangunan Tunku

TV Islam Dapat Sambutan

Wednesday, 24 June 2009



Utusan Malaysia Online - ARKIB : 22/06/2009

YAN 21 Jun - Hasrat kerajaan untuk mewujudkan satu saluran televisyen Islam mendapat maklum balas yang menggalakkan daripada penerbit drama dan rancangan berbentuk keagamaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom berkata, golongan itu bersedia menerbitkan pelbagai program berbentuk Islam bagi memastikan saluran televisyen itu dapat membantu masyarakat termasuk dalam soal memahami tuntutan syariat.
''Ramai penerbit drama serta rancangan berbentuk dakwah berminat untuk menghasilkan material dan produk-produk yang sesuai untuk saluran televisyen ini.

''Kita tidak hanya akan membekalkan rancangan berbentuk ceramah agama sahaja kepada masyarakat, kita akan adunkan dengan pelbagai program yang selaras dengan syariat Islam untuk dijadikan contoh kepada kehidupan Muslim,'' ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Generasi Bebas Jenayah Rakan Muda Peringkat Negeri Kedah di Kampung Kelantan di sini semalam.Program empat hari itu disertai oleh 68 belia dari sekitar kampung berkenaan dan 40 fasilitator dari Universiti Utara Malaysia serta Kolej Universiti Insaniah.

Program kali kedua anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah itu bertujuan memupuk semangat cintakan negara dalam kalangan generasi muda serta memastikan mereka bebas daripada anasir jenayah.

Menurut Jamil Khir, pihaknya berharap saluran televisyen berkenaan dapat menemui penonton secepat mungkin kerana pihaknya sedang menyelesaikan beberapa masalah dari sudut teknikal.
''Kami masih berusaha untuk mencari frekuensi yang sesuai untuk memancarkan saluran televisyen Islam ini.

''Kami juga tidak bercadang untuk menggunakan khidmat saluran televisyen berbayar kerana mahu setiap lapisan masyarakat terutama di luar bandar dapat menikmati program-program yang di siarkan,'' katanya.

YB Dato' Jamil Khir Dalam Media : SINAR - 22.06.09 ( N 22 )

Monday, 22 June 2009




TV Islam Akan Diwujudkan

Sunday, 21 June 2009




Utusan Malaysia Online : 20/06/2009

Najib Tun Razak berkata sesuatu kepada Jamil Khir Baharom (duduk, kiri) selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Ke-99 di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam. - BERNAMA

Oleh ZULKIFLI JALIL pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 19 Jun - Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam hari ini bersetuju supaya diwujudkan satu saluran televisyen Islam bagi menampung keperluan dan permintaan siaran program-program berbentuk kekeluargaan, sosial, budaya serta ekonomi yang mencakupi tuntutan syariat.

Perkara itu dicapai dalam mesyuarat dipengerusikan Datuk Seri Najib Tun Razak serta dihadiri semua Menteri Besar dan Ketua Menteri di pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom berkata, mesyuarat akur bahawa banyak perkara dalam Islam bukan sahaja perlu disalurkan menerusi media malah maklumat dan faktanya harus tepat serta difahami khalayak.
''Contohnya berkenaan Baitul Mal yang mana kita mahu umat Islam membayar zakat tetapi pada masa sama juga kita mahu khalayak mengetahui menerusi media elektronik ini ke mana wang zakat itu disalurkan.

''Kita juga mahu mempertontonkan produk yang ditawarkan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) dalam memberi pinjaman kecil-kecilan, namun liputan mengenainya tidak menyeluruh turun ke bawah. Hal yang sama dengan siaran radio IKIM yang mencatat rating tertinggi yang akan diperluaskan skopnya dalam saluran televisyen Islam itu nanti," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Jamil Khir berkata, rangkaian televisyen Islam itu nanti berupaya menjadi pilihan untuk umat Islam negara ini memperoleh maklumat tepat mengenai sesuatu perkara yang menyentuh syariat Islam. ''Kita tidak mahu program-program yang bertentangan dengan adat susila, agama serta budaya rakyat Malaysia ditayangkan kepada umat Islam. ''Dengan itu nanti akhirnya akan tercapailah matlamat Islam itu sebagai cara hidup," katanya.

YB Dato' Jamil Khir di Yan, Kedah - 20.06.2009

Posting ke5 pada:

Saturday, 20 June 2009


YB Sen. Mej. Jen. (B) Dato' Jamil Khir akan berada di Kedah untuk Program Cegah Jenayah anjuran Kementerian Belia & Sukan pada 20.06.2009 ini ( jam 2.30 petang) di Kampung Dulang , Yan, Kedah.

PM Ulas Konsep Gagasan 1 Malaysia

Posting ke4 bertarikh:

Wednesday, 17 June 2009



Ceramah 1 Malaysia di Auditorium Kedah FM 13.06.2009

Posting ke3 pada:

Sunday, 14 June 2009



Semalam (13.06.2009) , YB Sen. Mej. Jen. (B) Dato' Jamil Khir telah menyampaikan ceramah dalam Program 1 Malaysia anjuran UMNO Bahagian Kuala Kedah dan Pejabat Penerangan Daerah Kota Setar di Auditorium Kedah FM, Jalan Kuala Kedah.

Ia turut dihadiri oleh YBhg. Dato' Latt Shariman Abdullah , Pegawai Tugas-tugas Khas Perdana Menteri Malaysia merangkap Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah.

Lebih 200 orang yang terdiri daripada kepimpinan UMNO Bahagian Kuala Kedah dari setiap peringkat telah hadir ke majlis tersebut.


** Gambar mengenai program ini boleh diakses di http://biropeneranganumnokedah.spaces.live.com/

Mesyuarat Pertama Biro Penerangan UMNO Kedah

Posting ke 2:

Sunday, 14 June 2009

Mesyuarat pertama Biro Penerangan UMNO Negeri Kedah telah diadakan pada 13.06.2009 di Tingkat 7, Bangunan Tunku. Ia telah dipengerusikan oleh YB. Sen. Mej. Jen. (B) Dato' Jamil Khir sendiri.
Mesyuarat dimulakan dengan perbincangan bersama semua Ketua Penerangan UMNO Bahagian diikuti dengan perjumpaan dengan semua Ketua Penerangan Sayap UMNO daripada semua bahagian.

Perlantikan Muka Baru Dalam Badan Perhubungan UMNO Kedah

Posting Pertama bertarikh:

Sunday, 14 June 2009

Berita dari Bernama :


14 Mei, 2009 21:52 PM

Tiga Muka Baru Dalam Badan Perhubungan Umno KedahBy: Ramjit-->

ALOR SETAR, 14 Mei (Bernama) -- Umno Kedah hari Khamis melantik tiga muka baru untuk menduduki Badan Perhubungan Umno Negeri.Dalam rombakan itu, Ketua Umno Bahagian Langkawi yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Kuah, Datuk Nawawi Ahmad dilantik sebagai Setiausaha mengisi tempat Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah yang sebelum ini dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Umno Negeri.Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom pula dilantik sebagai Ketua Penerangan menggantikan Datuk Hadzir Ismail manakala Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir dilantik sebagai Bendahari menggantikan Datuk Badruddin Amiruldin.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ketika mengumumkan pelantikan itu berkata pelantikan tersebut dicapai dalam mesyuarat pertama Badan Perhubungan Umno Negeri yang beliau pengerusikan.Dalam mesyuarat itu juga, Datuk Seri Mahdzir Khalid menyerahkan secara rasmi tugas Pengerusi Badan Umno Kedah kepada Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah."Rombakan ini dibuat untuk membolehkan Ketua-ketua Bahagian menumpu di peringkat masing-masing bagi melaksanakan satu gerak kerja baru secepat mungkin," kata Mohd Shafie kepada pemberita kemudiannya.

Belia berkata pelantikan Jamil Khir bertujuan untuk memantapkan jentera penerangan Umno Kedah bagi menangani isu-isu berkaitan agama yang berkait rapat dengan rakyat negeri Kedah."Gerak kerja yang disusun akan membabitkan pimpinan dari akar umbi sehingga pemimpin tertinggi secara lebih luas selain memberi fokus kepada kumpulan sasar untuk mempastikan setiap tindakan dan perkhidmatan Umno diterima oleh rakyat."Saya akan pastikan gerak kerja ini yang akan dilancarkan dalam masa terdekat diterjemahkan sehingga diterima rakyat supaya Umno dapat merampas semula Kedah daripada pembangkang," kata Mohd Shafie.

BERNAMA