Tuesday, September 7, 2010

Program Sinar 1Harapan

Semalam, ketika Ramadhan semakin di penghujung dan Syawal semakin hampir menjelma, Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sik dengan kerjasama UMNO Bahagian Sik telah mengadakan satu program kebajikan dan khidmat sosial di Rumah Harapan Gulau yang menempatkan beberapa orang warga emas samada secara pasangan suami isteri mahupun yang bersendirian.  Turut hadir membantu menyemarakkan program iaoah ADUN Belantek, YB Mohd Tajudin Abdullah yang juga Ketua UMNO Bahagian Sik.






















Pelbagai aktiviti sampingan turut di adakan seperti mengemas unit-unit yang di diami oleh warga emas, memasang langsir, memasak juadah berbuka secara gotong-royong, membersihkan kawasan halaman rumah, memasang pelita panjut dan beramah mesra bersama warga emas sepanjang mereka dan YB Mohd Tajudin berada di sini. Antara juadah ialah lemang dan rendang serta ketupat.

Saturday, September 4, 2010

Salam Kasih Aidil Fitri Puteri UMNO Kedah

03/09/2010.


Puteri UMNO Negeri Kedah telah mengadakan satu program amal yang di bertema Aidil Fitri bersama-sama Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Mahathir yang juga Tim. Menteri di MITI.  Program itu di adakan di Gurun dengan turut di sertai oleh Penyelaras Parlimen Jerai, Datuk Suhaimi Hj Abdullah yang juga Ketua UMNO Bahagian Jerai dan tidak ketinggalan ADUN Gurun yang begitu komited dengan kawasan yang beliau wakili iaitu YB Dr Leong.  Hampir kesemua Ketua Puteri UMNO Bahagian-Bahagian turun untuk memberi sokongan kepada Puteri UMNO Kedah dan program berkenaan. 


 Program ini bukan hanya setakat meraikan anak-anak yatim dan ibu tunggal, malah mereka juga di berikan sumbangan seperti hamper makanan dan sedikit duit raya sebagai tanda kasih dan ingatan UMNO kepada rakyat, lebih dari itu anak-anak yatim juga turut mendapat pakaian baru sempena Aidil Fitri yang bakal menjelang tidak berapa lama lagi.




















Ketua-Ketua Puteri UMNO Bahagian bergambar kenangan bersama dengan Datuk Mukhriz, Datuk Shuhaimi, YB Dr. Leong dan Ketua Puteri UMNO Negeri Kedah, Puan Norshimah.
(Ketua-ketua Puteri Alor Setar, Pendang, Kuala Kedah, Pokok Sena dan Jerlun -berdiri dari kiri ke kanan)
(Ketua Puteri UMNO Jerai di kiri dan Merbok di sebelah kanan).  Tiada dalam gambar tapi turut hadir ialah Ketua Puteri UMNO Padang Serai.

Friday, September 3, 2010

Facebook UMNO Bahagian di Kedah

Setelah membuat posting mengenai keujudan akaun-akaun facebook ketua-ketua Bahagian UMNO di Kedah, hari ini pihak kami ingin mengutarakan link Bahagian-Bahagian UMNO di Kedah pula.

 1.  Bahagian Langkawi

 2.  Bahagian Kubang Pasu

 3.  Bahagian Jerlun

 4.  Bahagian Pokok Sena

 5.  Bahagian Padang Terap

 6.  Bahagian Alor Setar

 7.  Bahagian Kuala Kedah

 8.  Bahagian Pendang

 9.  Bahagian Jerai

10.  Bahagian Sik

11.  Bahagian Merbok

12.  Bahagian Sungai Petani

13.  Bahagian Baling

Buat masa ini sekiranya pihak-pihak Bahagian UMNO-UMNO lain sekiranya ada akaun FB atau Blog, sila letakkan url masing-masing(harap piha kadmin dapat lakukan segera) ke dalam kotak komen.

Jurublog akan membuat beberapa posting lagi mengenai akaun-akaun FB seperti  akaun Puteri-puteri Bahagian, Wanita-wanita Bahagian dan juga Pemuda-pemuda Bahagian.  Selepas itu di susuli pula dengan akaun -akaun cawangan-cawangan yang ada di kedah bagi tujuan sekiranya ada pembaca yang ingin melihat apa aktiviti di setiap peringkat dan sayap akan dapat terus ke sana melalui blog ini.

SALAM RAMADHAN.
14.  Bahagian Padang Serai

15.  Bahagian Kulim/Bandar Baru