Sunday, March 7, 2010

PKR Kedah Mula Goyah, Dakwa Ahmad Bashah


06 Mac, 2010 17:58 PM

ALOR SETAR, 6 Mac (Bernama) -- Kedudukan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri Kedah juga semakin goyah apabila ramai penyokong dan pemimpin parti berkenaan berhasrat keluar parti, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah.

Wednesday, March 3, 2010

Anggota Parlimen Bagan Serai Keluar PKR


03 Mac, 2010 14:53 PM

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerima tamparan apabila kehilangan seorang lagi anggota Parlimen setelah anggota Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri, mengumumkan keluar parti itu pada Rabu.

Mohsin Fadzli, 65, turut mengumumkan peletakan semua jawatannya dalam PKR serta menjadi anggota Parlimen bebas berkuatkuasa serta-merta.

Tuesday, March 2, 2010

10 Ahli Parlimen lagi bakal keluar partidakwa bekas Setiausaha Agung PKR








Bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Salehuddin Hashim tidak memberi reaksi macam orang terperanjat apabila Agendadaily mengaju soalan mengenai desas desus ada kumpulan 10 ahli parlimen PKR lagi yang akan keluar parti.

Giliran Tee Beng keluar PKR






Tan Tee Beng menunjukkan salinan kenyataan media yang menggariskan sebab-sebab beliau keluar daripada PKR di Kuala Lumpur, semalam. [ Berita di muka 3 ] – utusan/HAFIZH KHOSMAT




KUALA LUMPUR 1 Mac – Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng hari ini mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuat kuasa serta-merta kerana kecewa dengan kerenah kepimpinan tertinggi parti itu.
Tee Beng yang membaca kenyataan lima muka surat pada sidang akhbar di sini menyenaraikan empat alasan kenapa beliau keluar PKR dan meletakkan semua jawatan dalam parti itu serta memilih menjadi wakil rakyat Bebas yang tidak berpihak kepada mana-mana parti.
“Sebabnya ialah tiada saluran khusus di dalam PKR untuk mengemukakan masalah. Kritikan saya berkaitan masalah polisi yang serius telah dijawab dengan pembunuhan karakter yang menyebabkan kekecewaan mendalam kepada saya.
“Saya juga kesal dengan sikap kepimpinan PKR yang sanggup mengorbankan maruah dan prinsip parti hanya kerana mahu memastikan impian mereka ke Putrajaya tercapai termasuk mengambil sikap menutup mata dengan keangkuhan yang ditunjukkan oleh Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang),” katanya.

Anggota Umno Perlu Amal Sikap Rendah Diri, Kata Shafie

28 Februari, 2010 12:39 PM

SEMPORNA, 28 Feb (Bernama) -- Naib presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mahu anggota dan pemimpin parti itu, khususnya Umno Kedah, supaya kerap turun padang dan bersikap 'tawaduk' (rendah diri) ketika memberi perkhidmatan kepada rakyat.

KAMI DIZALIMI - PENDUDUK TMN WIRA

Last Updated on Friday, 26 February 2010 08:05 Written by zahari Friday, 26 February 2010 07:27

Peduduk Taman Wira, Mergong beramai-ramai berkumpul di Dewan Orang Ramai Taman Wira Blok D hari ini bagi menyuarakan bantahan terhadap cadangan kerajaan negeri yang mahu melepas tangan memindahkan sewa tertunggak penduduk taman itu kepada pihak bank.
Para penduduk yang terdiri daripada masyarakat Melayu, India dan Cina sangat tidak berpuas hati dengan tindakan berkenaan dan menyifatkan langkah berkenaan hanya menzalimi penduduk taman berkenaan yang mempunyai 2,500 rumah dengan kira-kira 10,000 penduduk. Taman Wira diduduki lebih 20 tahun lepas.

Monday, March 1, 2010

FAIRUS SERTAI UMNO

Bekas Adun PKR Penanti Fairus sertai Umno


Datuk Seri Mohd Najib Razak (kanan) diberikan penerangan oleh Yang DiPertua Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia (PSSGM), Datuk Adiwijaya Abdullah (dua kanan) dengan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Utama Mohamad Hasan di majlis Perjumpaan Kepimpinan Tertinggi PSSGM. — Bernama pic
TERKINI

KUALA LUMPUR, 28 Feb — Bekas timbalan ketua menteri I Pulau Pinang Mohd Fairus Khairuddin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang meletakkan jawatannya April tahun lalu, menyertai Umno hari ini.
Keputusan beliau menyertai Umno diumumkan selepas menghadiri Perjumpaan Kepimpinan Tertinggi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Bersama Perdana Menteri Malaysia yang turut dihadiri Datuk Seri Najib Razak.
Terdahulu Fairus dengan berpakaian ahli Pertubuhan Silat Seni Gayong menyambut ketibaan Najib, yang juga Presiden Umno, di lobi hotel tempat berlangsungnya majlis itu.
Fairus menyertai Umno kira-kira dua minggu selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengumumkan beliau antara lapan kes berprofil tinggi bebas tuduhan rasuah.