Tuesday, January 19, 2010

Tiada sekatan terhadap jemaah haji tunai ibadah

Wednesday, 19 August 2009




Utusan Online - 19/08/2009 5:08pm
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0819&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_30.htm&arc=hive

PUTRAJAYA 19 Ogos - Tiada sekatan terhadap mereka yang telah mendaftar untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom.



Beliau berkata, tiada sebarang arahan diterima daripada kerajaan Arab Saudi untuk menghalang jemaah haji yang berusia 65 tahun ke atas dan kanak-kanak bawah 12 tahun untuk mengerjakan ibadah berkenaan.

“Status kekal, tidak akan ada dihalang (untuk menunaikan ibadah haji).(Setakat ini), belum ada apa-apa arahan,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis penyerahan kembali tugas pengurusan pensijilan halal Malaysia dari Halal Industry Development Corporation (HDC) kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Kementerian Kesihatan Arab Saudi sebelum ini yang tidak membenarkan mereka yang berusia 65 tahun ke atas dan kanak-kanak bawah 12 tahun untuk mengerjakan ibadah haji berikutan penularan wabak Influenza A (H1N1). - Bernama

0 comments:

Post a Comment