GAMBAR-GAMBAR SEKITAR KONVENSYEN BN 2010
0 Comments - 06 Dec 2010
SILA LAWATI AKAUN FACEBOOK UMNO NEGERI KEDAH....

More Link
PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2010
1 Comments - 21 Oct 2010
Bermula dari 19/10/2010 Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau singkatannya UMNO sekali lagi berkumpul di Menara Dato' Onn dan Pusat Perdagangan Dunia Putra(PWTC) untuk Perhimpunan Agong UMNO atau PAU. Wakil Puteri UMNO Kedah, Saudari Azifah Abdul Rahman sedang berucap Pada 19/10/2010. selain Amanat Presiden, sayap-saya...

More Link

Sunday, February 21, 2010

Model Ekonomi Baru Beri Pertimbangan Sewajarnya Kepada Kaum Bumiputera - Datuk Mukhriz Mahathir

20 Februari, 2010 14:43 PM

ALOR SETAR, 20 Feb (Bernama) -- Model Ekonomi Baru yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bulan hadapan akan memberi pertimbangan yang sewajarnya kepada kaum bumiputera, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir.


Mukhriz berkata pertimbangan itu sejajar dengan dasar yang telah digunakan sebelum ini khususnya Dasar Ekonomi Baru (DEB).

"Saya telah menerima banyak kunjungan daripada Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu yang mewakili pelbagai sektor dan industri yang telah menyampaikan rasa bimbang bahawa model ekonomi baharu itu nanti begitu terbuka sehingga mengurangkan peluang kepada pengusaha-pengusaha bumiputera," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Perdana Pembangunan Insan di Dewan Sekolah Kebangsaan Langgar, dekat sini pada Sabtu.

Beliau berkata dalam mana-mana dasar, kerajaan pasti akan memberikan pertimbangan yang sewajarnya kepada semua pihak.

"Kerajaan tidak akan melancarkan sebuah dasar baharu yang bertentangan dengan perlembagaan dan perkara ini perlu dinyatakan dengan jelas supaya rakyat khususnya kaum bumiputera tidak bimbang dengan akan apa yang bakal dilancarkan oleh Perdana Menteri kelak," tambahnya lagi.

Mengulas tentang DEB, Mukhriz berkata masyarakat perlu sedar walaupun terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaannya, DEB telah terbukti berjaya membasmi kemiskinan, mengimbangi dan menyamaratakan peluang untuk setiap lapisan masyarakat tidak mengira kaum.

"Masalah ekonomi yang kita hadapi berpunca daripada faktor-faktor luaran seperti krisis kewangan dan krisis ekonomi global," katanya.

"Jadi, saya fikir tidak wajar sesetengah pihak menyatakan bahawa masalah ekonomi yang kita hadapi sekarang ini disebabkan oleh DEB," katanya.

-- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment