Sunday, August 15, 2010

Bara di Pertama Ramadhan


Ramadhan tahun ini di sambut dengan suasana yang memang menyedihkan bagi Mohd Nazir bin Mohd Daud apabila rumah yang beliau sekeluarga berteduh dari hujan dan panas terbakar pada pukul 9.00 malam.  Rumah yang turut di diami oleh isteri bersama tiga orang anakl beliau itu hangus samasekai termasuklah segala dokumen penting seperti surat beranak serta buku-buku dan peralatan sekolah.  Turut serta menjadi abu ialah surat nikah beliau bersama pasangannya.




Rumah peninggalan aruah ibunya yang terletak di Kampung Kilang Ubi, Begia itu mudah terbakar kerana keseluruhannya adalah terdiri dari kayu kecuali pelapik tiang. Punca masih dalam siasatan pihak BOMBA.  Untuk sementara waktu, beliau sekeluarga menumpang di rumah jiran yang berdekatan.








Saya telah dengan segera menguruskan bantuan kecemasan untuk beliau sekeluarga pada malam itu juga, manakala urusan untuk menggantikan rumah beliau yang terbakar juga telah saya selesaikan urusan untuk pembinaan semula yang akan di biayai sepenuhnya oleh  agensi dari Kerajaan Persekutuan yang di kuasai oleh BN.

0 comments:

Post a Comment