Tuesday, September 7, 2010

Program Sinar 1Harapan

Semalam, ketika Ramadhan semakin di penghujung dan Syawal semakin hampir menjelma, Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sik dengan kerjasama UMNO Bahagian Sik telah mengadakan satu program kebajikan dan khidmat sosial di Rumah Harapan Gulau yang menempatkan beberapa orang warga emas samada secara pasangan suami isteri mahupun yang bersendirian.  Turut hadir membantu menyemarakkan program iaoah ADUN Belantek, YB Mohd Tajudin Abdullah yang juga Ketua UMNO Bahagian Sik.






















Pelbagai aktiviti sampingan turut di adakan seperti mengemas unit-unit yang di diami oleh warga emas, memasang langsir, memasak juadah berbuka secara gotong-royong, membersihkan kawasan halaman rumah, memasang pelita panjut dan beramah mesra bersama warga emas sepanjang mereka dan YB Mohd Tajudin berada di sini. Antara juadah ialah lemang dan rendang serta ketupat.

0 comments:

Post a Comment