Saturday, April 10, 2010

2,500(Approx) hadir ke Ceramah Perdana Ulu Sedaka.


Malam tadi, lebih dari 2,500 orang Islam sekitar Ulu Sedaka dan kawasan berdekatan telah membanjiri perkarangan Sekolah Kebangsaan Ulu Sedaka bagi menghadiri, mendengar, memahami dan menyerap tiap patah nasihat, teguran dan cadangan baik dari YB Senator Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir Baharom(B) selaku Menteri yang menjaga Agama di Jabatan Perdana Menteri yang juga anak jati Ulu Sedaka, pengerusi Forum, Saudara Aswar mahupun panel jemputan yang cukup berpengalaman serta meluas pengetahuan agama dan kemasyarakatan mereka iaitu tidak lain dari Sahibus Samahah Dato' Setia  Sheikh Baderudin Ahmad yang juga Mufti Negeri Kedah bersama-sama dengan Ustaz Ruslan Che Ros.

Alhamdulillah, walaupun kawasan berdekatan seperti Guar Chempedak telah berlaku hujan yang lebat, tetapi cuaca yang sebaliknya berpihak kepada pendengar-pendengar ceramah pada malam tadi.  Malah cuaca yang tidak begitu panas membuatkan para hadirin terus mendengar sehingga pengerusi majlis menuturkan patah terakhir ucapan selamat bersurai.  Masing-masing menampakkan wajah yang sungguh puas hasil dari penjelasan dan kupasan yang mudah tetapi cukup untuk membuat masing-masing faham akan apa yang telah di utarakan oleh mereka pada malam tadi.






Tiada lain yang di harapkan oleh semua, hanyalah perpaduan umat yang menjadi harapan.  InsyaAllah jika hati bersih dan niat jelas, maka Perpaduan Ummah Islam di Malaysia bukanlah sesuatu yang mustahil jika kepada Allah kita berserah selepas masing-masing berusaha ke arah perpaduan.  Realiti bukanlah sesuatu yang mustahil.

0 comments:

Post a Comment